23Oct

Chromium 17 Mula Kelihatan – Chrome 15 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Google, Perisian

Selain daripada pembangunan Mozilla Firefox yang bergerak pantas, pembangunan pelayar web Google Chrome juga mengekalkan rentak pembangunan yang sama, dimana terkini, versi pembangunan awal Chromium 17 telah pun mula kelihatan, memberikan idea Chrome 17-dev bakal menyusul dalam masa terdekat ini.

Pada masa yang sama, Google Chrome 15 juga bakal dilepaskan kepada umum tidak lama lagi, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan baru bersama-sama dengannya, dimana salah satunya merupakan fungsi halaman tab baru padanya yang menerima rekabentuk dan antaramuka yang baru.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Chrome 15 akan dilancarkan kepada umum, dan Chrome 16 memasuki arena beta. Namun, mungkin ianya akan diperkenalkan seawal minggu hadapan atau dua minggu lagi. Fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan Chromium 17 juga masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Chromium 17 versi pembangunan hari ini, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum pengguna yang lain.


Dunia Maya Versi Google
Google Umumkan Carian Sosial Bersama Twitter
Kelajuan Menjadi Faktor Kedudukan di Google
Chrome 17 Membawakan Kemaskini Omnibox Dan Penambah-Baikkan Sekuriti
TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 - Membawakan Pelbagai Sokongan Baru

17 Komen

  1. Pacifista pada 23 Oct 2011

    aik,cepatnya update.dah version 15 ke?tak perasan pulak aku :p

  2. zerous pada 23 Oct 2011

    rajin betul team chrome ni wat update… x paham aku…hehehe..

    • EddyGeek pada 23 Oct 2011

      chromium sehari boleh dikatakan 2,3 update ada :-)

  3. Aikhil pada 23 Oct 2011

    ..bukan team chrome je ..smua team dlm google ni pulun ..kita gak yg untung

    • Syukri pada 23 Oct 2011

      team chrome mana lak?? ni chromium. hehe

  4. rajawali pada 23 Oct 2011

    cool

  5. amoeba pada 23 Oct 2011

    cpt btol diorang wat keje

  6. Wan Perlis pada 23 Oct 2011

    i luv it

  7. kim chee pada 23 Oct 2011

    cpt btol diorang wat keje

  8. Faiz Azlan pada 23 Oct 2011

    cun~!

  9. Jyundoo pada 23 Oct 2011

    gaji staff Google mahal. tu kerja diorg cepat. he

  10. Aikhil pada 23 Oct 2011

    ..yg tu btoi ..enviroment koja pun mntap!

  11. sarraazzam pada 23 Oct 2011

    lbh prefer chrome compare to firefox..

  12. Ikmal pada 23 Oct 2011

    ok la tu.

  13. khairul pada 23 Oct 2011

    nk download kt mner nie?

  14. shaharil pada 24 Oct 2011

    Laju benor pembangunan chrome ni.
    Persaingan yang sihat antara chrome dengan mozilla.

  15. lufkin pada 24 Oct 2011

    Ada lagi yang ingat Chromium dengan Chrome tu sama?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader