Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, dengan pelancaran iPhone 4S, kini ura-ura baru mengenai iPhone generasi akan datang, dikenali sebagai iPhone 5 buat masa ini hangat diperkatakan. Selain dikatakan yang mana ianya merupakan projek terakhir Steve Jobs, kini ia turut diperkatakan ia akan dilengkapi dengan cip pemprosesan A6 yang dibangunkan oleh Samsung.
Menariknya adalah dimana kerjasama kedua-dua pihak ini nampaknya akan kekal berterusan, walaupun mereka antara satu sama lain bersaing dan meminta perintah mahkamah untuk menghalang jualan peranti satu sama lain. Mungkin salah satu sebabnya juga adalah kerana mungkin Apple masih tidak menemui pengeluar cip pemprosesan yang bersesuaian buat masa ini.
Ia diperkatakan yang mana Samsung akan menggunakan teknologi pemprosesan 28-nanometer dalam membangunkan cip A6 untuk Apple kelak. Dan ia turut dikatakan yang mana cip A6 kelak merupakan cip empat-teras, dimana dijangka menjelang tahun hadapan, cip empat-teras akan menjadi salah satu perkara popular disamping pengeluar peranti pintar dan tablet.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
..hehee ..biar diorg gaduh ..kira gak untung
aikkkk gaduh2 pon leh minta samsung buatkan processor.. kira oke lah tuh
gaduh2 harga tetap tinggi jugak…….
quad core iporn baiii .XD
saya simpan pitis beli samsung, spare-parts ori punya …
betui ke aku bwat ni ?
x terkejar teknologi skang….
gaduh cara profesional nie..
kah3!!! gaduh tetap gaduh, kerjasama tetap kerjasama.. hahahaha.. terbaek lah!
lol, cuak gak nnti Apple kalo Samsung call off the deal….mane lg nak cari processor maker yg boleh meet the demand selain Samsung…nak hrpkan Foxconn?Need to face the fact that Apple is still dependent of the other company…
cool la
nampaknya mereka ni gaduh2 manja jer rupanya…masih syg menyayangi..bagus2.
quadcore tuh
Actually kebarangkalian besarnya disebabkan oleh isu logistik. Sekarang ni Apple dah mula shift pembuatan keluar dari China and its neighbouring countries. Memandangkan kilang fab Samsung baru ni kat Texas dan kilang baru Foxconn ada kat Brazil, ia lebih kepada logistics issue.
And in contrast, actually Samsung yang agak takut kalau Apple tarik kontrak dari Samsung. Sebab sekarang ni practically banyak gila fab yang boleh buat semiconductor pada volume yang diperlukan Apple. even Intel yang dulunya refuse untuk buat ARM-processor dan processor2 lain yang bukan direkanya, sekarang dah mula umumkan yang mereka nak jugak jadi fab untuk kategori ni. Dan jangan lupa GlobalFoundries, yg mana memulakan mass production di New York menjelang 2012.
Dan tajuk di atas agak mengelirukan. Bukan “dibangunkan” tapi “difabrikasi”. Pendek kata, dikilangkan lah. Sama macam fabless semiconductor lain seperti nvidia, qualcomm, dan sebagainya yg mana mereka membangunkan cip, tapi difabrikasi di TSMC, GlobalFoundries, dsb.
+999999999999999999
hebat, cayalah.. (y)