06Oct

CloudFlare Mula Menyediakan Khidmat Sokongan Melalui Bahasa Malaysia

Web 2.0

Salah satu perkhidmatan yang popular dikalangan pembangun web adalah Cloudflare. Menariknya, hari ini ia dilihat yang mana pembantu perkhidmatan Cloudflare, melalui Twitter, turut menggunakan Bahasa Malaysia dalam membalas tweet yang berkaitan dengan mereka. Perkara ini dijayakan oleh mereka dengan menggunaka perkhidmatan Google Translate.

Bagi yang tidak kenali akan CloudFlare, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pembangun web menggunakannya, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi web mereka, disamping membawakan pelbagai ciri-ciri keselamatan bersama-sama dengannya.

Para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan akaun percuma CloudFlare, dan menggunakannya hari ini, ataupun mendapatkan lebih nilai dengan menggunakan perkhidmatan berbayar mereka.


InLinks - Adakah Ianya Beretika?
Kini, Anda Boleh Muat-Turun Informasi Dari FB
Butang Google +1 Lebih Popular Berbanding Butang Twitter
Laman Nuffnang Thailand Mula Beroperasi - Masih Belum Dilancarkan Secara Rasmi
Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga

8 Komen

  1. Omar pada 06 Oct 2011

    Aku ngat nak try la benda ni sekali.. nampak cam best jer..

  2. Fairuz Sulaiman pada 06 Oct 2011

    Bukan cuba ..kena pakai.:-)

  3. EddyGeek pada 06 Oct 2011

    igt nak guna atas ciri kestabilan dan keselamatan, tapi ada web pakai khidmat ni tetap kena hack.

    • Izzat Aziz pada 06 Oct 2011

      Guna yang free, kena pandai jaga sendiri lah security. CloudFlare just medium, je sebahagian dari defense.. selebihnya bergantung kepada tuan website tu sendiri lah.

  4. Izzat Aziz pada 06 Oct 2011

    Aku suka cloudflare, diorang proaktif.. masa awal-awal muncul dulu aku pernah guna letak kat blog.. terus geng dia contact, cakap thank sekian.. last-last aku dapat sehelai tshirt cloudflare.. antar dari US nu.. free lak tu.. semata-mata sebab guna. WIN.

  5. Juan pada 06 Oct 2011

    cloudflare ni macam dah mula nak meluas dah nih

  6. wazy pada 06 Oct 2011

    wajib pakai cloudflare ni

  7. suhz pada 07 Oct 2011

    cloudflare bukan untuk elak dari kena hack, tp security memang salah satu feature dia, dia kesan signature ala2 mcm nak hack dia akan block, makin hari dia makin pandai, sistem dia belajar. tapi kalau laman web/blog sendiri memang dah security lemah, cloudflare pun tak dapat bantu. CloudFlare sebenarnya hanya bertindak sebagai reverse proxy kat depan laman web kita, dan distribute website kita tu keseluh dunia, website kita akan ada berada di lebih dari satu server.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader