Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang sering ingin dipelajari oleh ramai pengguna internet adalah pengaturcaraan. Namun begitu, prosesnya mungkin mengambil masa yang lama dan kadangkala membosankan. Walaubagaimanapun, perkara ini boleh diatasi dengan aplikasi web baru yang dikenali sebagai Codecademy, dimana melaluinya ia membawakan pembelajaran pengaturcaraan asas dengan mudah dan interaktif.

Melalui laman Codecademy, ia membawakan pelbagai pengajaran asas, membolehkan anda mempelajari pelbagai perkara dan terma asas dengan pantas. Pembelajaran juga dibahagikan kepada beberapa bahagian, memudahkan anda memahami sesuatu perkara dengan mudah dan senang.
Codecademy membawakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook, dan dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik, mereka juga turut sama memperkenalkan sistem lencana, seumpama FourSquare, membolehkan anda mengumpul pelbagai lencana selepas menamatkan sesuatu bahagian.

Jadi, lepas ini jangan terkejut sekiranya para pelajar atau mereka yang memohon pekerjaan memasukkan Codecademy sebagai institusi pembelajaran mereka.
27 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ok nak enroll myself!
Menarik sungguh ada codeacademy macam ni, semoga lebih ramai pengaturcara yang akan dilahirkan dengan adanya kemudahan seperti ini.
btol ler aman, boleh jd 1 lagi kelayakan dlm resume.
Kalau ramai minat and proof usable, lepas ni developer boleh try apply MQA. Haha~
Codecademy man.. bukan CodeAcademy
menarik. nak join gk la class ni. hehe
Dah cuba guna tadi,menarik jugak la
Dia ajar programming apa sbnrnya? Xjelas la..sori noobs skt
javascript..
Basic concept. Js, Ruby, phyton semua boleh.
Ok, dah try ~ aku ingat website ni ajar camne nak code html lolz.. leceh nak blaja kat w3schools
cool..
wah~ berminat nih
baik aku tak yah belajar coding kat college. LOL
Follow dah lama, baru bagi komen untuk entri ini… maklumat yang amat berguna, Amanz Network memang awesome, perkongsian yang amat berinformasi.
Maaf TT ..untuk programing C++ pernah jumpa x sama macam web site ni ?
suke2..
best
Interface theming lawa. diorang guna apa agaknya..
Macam bootstrap
Cool~
Dah complete dh
aik, dah abeh?..aku sangkut lak y tutorial 4 T_T
terbaik la mcm nie..aku suka..hehe
menarik.. sama seperti http://tryruby.org/levels/1/challenges/0
aku nk blaja gak
awesome! lps spm bleh le