01Oct

Contoh Fungsi Assistant Pada iOS 5 Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Apple

Salah satu perkara baru yang dijangka bakal diperkenalkan pada iPhone 5 melalui iOS 5 adalah fungsi Assistant, yang mana membolehkan para pengguna mengawal dan melakukan beberapa perkara asas, seperti membuat carian, menaik mesej dan sebagainya dengan mudah, melalui hanya menggunakan suara sahaja. Dan menariknya, kini fungsi tersebut diolokkan melalui sebuah video ringkas oleh pihak MacRumors.

Ia diperkatakan yang mana demonstrasi fungsi Assistant pada iOS yang diperlihatkan pada video tersebut adalah berdasarkan beberapa sumber yang telah dikumpulkan oleh pihak MacRumors. Melalui apa yang diperlihatkan, para pengguna hanya perlu menekan butang Home pada peranti mereka untuk beberapa saat, dan fungsi Assistant akan muncul, membolehkan anda memberikan arahan suara padanya.

Sebelum ini, ia turut dilaporkan yang mana iPhone 5 bakal membawakan memori sehingga 1GB untuk menyokong fungsi Assistant ini, sekaligus menjadikannya ia suatu tanda tanya samada adakah iPhone sedia ada buat masa ini akan menerimanya melalui kemaskini iOS 5 ataupun tidak.

Apple dijangka bakal melancarkan iPhone 5 dan juga iOS 5 kepada umum pada 4 Oktober ini. Sama-sama kita nantikannya.


Tesco Menawarkan iPhone 3GS Tanpa Kontrak
iPhone 5 Bakal Dijual Seawal 7 Oktober Kelak?
Maxis Mula Menawarkan iPhone 3GS Pada Harga Serendah RM199
Apple Turut Bakal Menawarkan iPhone 4S Melalui Apple Store Malaysia
Apple Menerbitkan Panduan Dan Tutorial Untuk Membangunkan Aplikasi iOS

7 Komen

  1. Mujib Jazmin pada 01 Oct 2011

    AWESOME!

  2. jimmy pada 01 Oct 2011

    nicelah!

  3. Alan pada 01 Oct 2011

    Interesting !

  4. fezal pada 01 Oct 2011

    stlye !

  5. miizan pada 01 Oct 2011

    wowww

  6. azwan11 pada 01 Oct 2011

    support bahasa x? loghat2 org malaysia? LOL

  7. adam ahmad pada 01 Oct 2011

    interesting


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader