04Oct

Ulasan Ringkas Laman Sosial Baru – DrBook.biz

Web 2.0

Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, akhirnya kini ia dilihat yang mana laman sosial daripada Dr Rozmey telah pun dilancarkan, dan boleh digunakan oleh umum, sekaligus menambah kepada beberapa jenama atas-talian milik Dr Rozmey yang lain seperti Dr Places dan sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan memerlukan lebih banyak penambah-baikkan padanya.

Antaramuka

Secara ringkasnya, laman DrBook.biz ini membawakan antaramuka yang ringkas dan menarik, serta mudah digunakan, memandangkan ia membawakan rekabentuk yang menyerupai laman sosial terkemuka, iaitu Facebook.

Pada masa yang sama, penggunaan pendaftaran menggunakan Facebook Connect merupakan salah satu langkah bijak daripada pembangunnya dalam menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, dan memudahkan proses pendaftaran yang perlu dilalui.

Sasaran

Ia diperkatakan yang mana buat masa ini, kumpulan sasaran awal untuk laman sosial DrBook.biz ini adalah lebih kepada pengguna produk kesihatan dan juga pengedar produk-produk kesihatan milik Dr Rozmey.

Mungkin kelak ia boleh dijenamakan sebagai laman sosial berasaskan kesihatan sekiranya pembangun inginkan sesuatu yang unik, serta berkongsi pelbagai perkara menarik berkaitan kesihatan, selain menjadikannya salah satu tempat untuk dituju sekiranya perlukan rujukan berkaitan kesihatan.

Privasi

Salah satu perkara yang dilihat agak tidak menyedapkan hati pada laman sosial DrBook.biz ini adalah dimana ia tidak memperkenalkan sebarang kawalan privasi para penggunannya, selain mana semua pengguna samada berdaftar ataupun tidak boleh melihat kemaskini rakan-rakan lain mereka dengan mudah.

Perkara ini mungkin salah satu konsep dalam membolehkan semua pengguna berinteraksi antara satu sama lain dengan senang, disamping menambah kenalan baru padanya. Namun mungkin pihak pembangun DrBook.biz boleh memperkenalkan sedikit kawalan privasi, disamping menutup halaman utama daripada dipaparkan kepada umum, dan hanya memperlihatkan kotak pendaftaran seperti beberapa laman sosial yang lain pada halaman utamanya.

Terma Perkhidmatan

Beberapa pautan seperti terma & syarat perkhidmatan dan sebagainya masih lagi belum dikemaskini, dan mungkin lagi masih dalam proses awal pembangunan. Namun, ia sesuatu yang utama yang mana perlu diberi perhatian oleh para pembangunnya, disamping mengelakkan para pengguna mendaftar akaun tanpa mematuhi terma dan syaratnya.

Kawalan

Ia dilihat yang mana DrBook.biz telah pun mula mengawal penggunaan perkataan pada laman sosial mereka, yang mana merupakan salah satu perkara yang menarik dan bagus. Namun, ia turut diperkatakan, beberapa perkataan yang tidak membawakan sebarang maksud yang jahat (seperti CENDAWAN) turut dihalang oleh laman sosial tersebut. Walaubagaimanapun, kami masih tidak dapat mengesahkan perkara ini, memandangkan masih belum mencubanya sepenuhnya.

Kesimpulan

Memandangakn Dr Rozmey dan juga pihak disebalik Herba Prima mempunyai sebuah komuniti yang aktif, ia tidak mustahil untuk laman sosial ini pergi jauh kehadapan, dengan memfokuskan kepada beberapa topik menarik seperti kesihatan dan lain-lain. Namun ia diharap supaya laman sosial ini tidak dipasarkan hanya pada peringkat awal, dan kemudiannya hanya senyap begitu sahaja, seperti laman sosial 1Malaysia.com yang kini senyap tanpa sebarang berita.

Sama-sama kita nantikan perkembangan laman DrBook.biz.

Tips awal daripada Alif Amzari dan Omar.


DiGi dan Time dotCom Mengumumkan Kerjasama
MyOh.my Dilancarkan - Parodi Kepada Emel 1Malaysia
RakanSukan - Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini
Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?
Xadira Melancarkan Permainan Super Tiny Flight Untuk iOS

28 Komen

  1. zuan pada 04 Oct 2011

    adoi~

  2. msat1891 pada 04 Oct 2011

    dr. rozmey pnye,,byk tol duit die…

    • khairul pada 04 Oct 2011

      mampu ker bersaing???

  3. najashark pada 04 Oct 2011

    part kawalan tu best.. CENDAWAN

  4. matt pada 04 Oct 2011

    bertambah lagi laman sosial kat malaysia ni

  5. Ikmal pada 04 Oct 2011

    meh ler trt social baru ni.
    haha

  6. Omar pada 04 Oct 2011

    Filem terbaru dRMovies akan menyusul lepas ni, ala-ala The Social Network.
    Siapa nak lakonkan watak Dr. Rozmey cam Mark Zuckerberg tu?

    • jimmy pada 04 Oct 2011

      hahaha… jom tgok.. the jusmate network..

      • royAkatsuki pada 04 Oct 2011

        +1

        • scromix pada 04 Oct 2011

          +1

  7. EddyGeek pada 04 Oct 2011

    oh.. so. lol

  8. topo pada 04 Oct 2011

    tak bleh blah penrkataan cendawan kena censored hahahahah

  9. qimax pada 04 Oct 2011

    loser

  10. Denim pada 04 Oct 2011

    kalau ada cite drMovies kat wayang, sah2 Dr Rozmey ni juga yg pegang watak hero haha

  11. yapompiow pada 04 Oct 2011

    Tahniah! DR Rozmey..

  12. aman pada 04 Oct 2011

    drbook pakai Social Engine.

  13. Denim pada 04 Oct 2011

    Lepas ni akan ada drSearch.. bakal menggantikan Google :D

    • lanzz pada 04 Oct 2011

      lol!

  14. razfira pada 04 Oct 2011

    nice!!~~ business minded

  15. Selina Wing pada 04 Oct 2011

    saya fikir DrBook macam reading book social media lol :P

  16. Nisa pada 04 Oct 2011

    Aik..Dr Book lah plak??

  17. zuls pada 04 Oct 2011

    hebat gak dr rozmey ni, berani mencuba memang salah satu ciri usahawan berjaya

  18. paeh pada 04 Oct 2011

    Namun, ia turut diperkatakan, beberapa perkataan yang tidak membawakan sebarang maksud yang jahat (seperti CENDAWAN) turut dihalang oleh laman sosial tersebut.

    KAHKAHKAH!

  19. van der Rui pada 04 Oct 2011

    ini troll obe ke apa… lol

  20. selamberK pada 04 Oct 2011

    lps nie lagi la die teruskan xmmbuat software untuk surf internet gune “dR Chrome” plak..hahha

  21. amirzaim pada 04 Oct 2011

    Cendawan dicensor dlm drbook? HAHAHA! Macam mana kalau aku tulis mushroom ataupun perkataan bahasa asing yang sama maksud dengam tu amacam? drbook mesti dah kena trolled!

  22. badrul pada 15 Apr 2012

    gila ampa ni


Trackbacks/Pingbacks

  1. » dR Selebriti

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader