28Oct

dRBook Kini Dijenamakan Semula Sebagai dRBuku – Pendaftaran Kini Lebih Mudah

Web 2.0

Semua mungkin sedia maklum yang mana pada awal Oktober yang lepas, syarikat milik Dr Rozmey telah pun memperkenalkan rangkaian sosial mereka yang serba baru dan dinantikan ramai, iaitu DrBook. Kurang sebulan sejak dilancarkan, kini laman sosial tersebut telah pun melalui penjenamaan semula, dimana kini laman sosial tersebut dikenali sebagai DrBuku.

Selain daripada penjenamaan semula, kini ia turut membawakan logo baru yang tampak lebih kemas, selain memperkenalkan salah satu fungsi baru yang menarik, dimana membolehkan para pengguna mendaftarkan akaun menggunakan sebarang akaun sosial sedia ada.

Kini, para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan akaun DrBuku dengan mudah, menggunakan sebarang akaun sedia ada, samada Facebook, Windows Live, FourSquare, Yahoo! MySpace, Google, Friendster, WordPress atau apa pun jua, sekaligus memudahkan proses pendaftaran akaun padanya.

Selain daripada itu, melalui statistik yang dikeluarkan oleh DrBuku, kini ia mempunyai lebih daripada 2,700 ahli berdaftar padanya, yang berkongsi akan lebih 1,400 video, dan juga lebih 11,700 gambar melaluinya. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat laman dRBuku dalam tempoh setahun daripada sekarang sekiranya ia dipromosikan dengan betul.

Tips daripada Ezryull melalui Facebook.


UMobile Menawarkan Facebook Credit Untuk Pelanggan Prabayar
Fungsi Ticker Pada Facebook Diuji Dengan Lebih Meluas
AsyikTV Bakal Dilancarkan Pada 11 November - Bakal Bersaing Dengan Tonton?
Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 5,000 Aksara
Facebook Memperkenalkan Kotak Dialog Notifikasi Mesej Yang Baru

33 Komen

  1. Hisyam pada 28 Oct 2011

    Kepada semua pengguna, tolong ingat ye, perkataan CENDAWAN diharamkan di laman sosial ini.

    • Ikhwan pada 28 Oct 2011

      Hahaha +1000

    • Shazwan pada 28 Oct 2011

      aku nak register dan cakap CENDAWAN, tengok apa respon..haha

    • snazzybizarre pada 28 Oct 2011

      banned phrase “cendawan” , “mushroom” dan sewaktu dgnnya… LOL

      • Shazwan pada 28 Oct 2011

        aku dh try post ‘cendawan’ tapi kena banned…lol

    • tab7.7 pada 28 Oct 2011

      cendawan bkn sbarang cendawan…cendawan poket tebal tuuuu..huhu

    • Haziq pada 28 Oct 2011

      lol.. hahahaha

    • zulware pada 28 Oct 2011

      lawak la dr rozmey nie..LOL

      • Omar pada 30 Oct 2011

        Lawak wo status dia kat atas tu…

    • ekspresiruang pada 28 Oct 2011

      boboiboy: terbaik!

  2. Gergasi Khayalan pada 28 Oct 2011

    adakah ini berita techtroll?? hehehhe…

    • aku pada 28 Oct 2011

      +1

    • Omar pada 30 Oct 2011

      Walaupun aku tak berapa minat techtroll, tapi entri ni aku cam cari gambar obe kat atas tu..

  3. Anarm pada 28 Oct 2011

    memang dia haramkan perkataan CENDAWAN ke? hahahaha..

    • Shazwan pada 28 Oct 2011

      yap… cendawan@mushroom kena banned…hahaha bila post kluar ******** lol

      • ShazSwan pada 28 Oct 2011

        kecuali post C.E.N.D.A.W.A.N. pass!!!!!

        • makangajet pada 28 Oct 2011

          hahaha~ laman sosial untuk kroni dan ajen jm5 je rasenyew

      • FaizFizy Rosle pada 28 Oct 2011

        wattafak??? hahaha

  4. amoi pada 28 Oct 2011

    kahkahkah!!

  5. EddyGeek pada 28 Oct 2011

    things getting lame.. lol

  6. Omar pada 28 Oct 2011

    Wahaha… The Jusmate Network..

  7. jimmy pada 28 Oct 2011

    hahaha….. mcm2….

  8. Hafism pada 28 Oct 2011

    interface x merarik. xpe..bagi mase.. :P

  9. amirzaim pada 28 Oct 2011

    aik…cendawan pun kena banned pulak, macam mana kalau aku bubuh kata dari bahasa lain yang membawa maksud cendawan amacam…rasa-rasanya dr.Rozmey benci cendawan masa kecik kut…

  10. imran pada 28 Oct 2011

    hebat.

  11. RIS-FAMILI pada 28 Oct 2011

    Belum register sbb aku dah ada berbagai laman sosial dah. Yang ada pun tak terlayan.

  12. Izzuddin Fauzi pada 28 Oct 2011

    Hehehe :D Cm best jer ekk!!~~~

  13. topo pada 28 Oct 2011

    semoga berjaya :)

  14. Firdaus pada 29 Oct 2011

    Rambut baru kah?

  15. ZoOL pada 29 Oct 2011

    lol? nape cendawan kna ban plak? pelik2 je.. rambut die cam cendawan ke? hahaha :P

  16. Iwani Khalid @ Kureno pada 29 Oct 2011

    Heheheh, dia bebetul buat webbie ni. Cayalahh!

  17. nur pada 29 Oct 2011

    mcm perkataan lucah plak cendawan tu yer. haha

  18. Arrul pada 30 Oct 2011

    hahaha…tp kne BUKU gak ek?? suda tntu berasal dri BOOK iaitu FaceBOOK…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader