Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, kami di Amanz merupakan yang pertama melaporkan mengenai pembangunan permainan desktop untuk Upin dan Ipin. Kini, kami berjaya mendapatkan beberapa paparan yang baru, serta mendapat pengesahan daripada pihak Les Copaque yang mana mereka bakal memperkenalkan dua permainan Upin dan Ipin. Buat masa ini kedua-dua permainan ini masih lagi pada peringkat pembangunan.


Permainan desktop yang pertama dikenali sebagai Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan, yang mana lebih ditujukan kepada para peminat kanak-kanak. Melaluinya, ia lebih membawakan corak permainan berunsurkan pendidikan, dimana melaluinya ia menjana kreativit dalam menyelesaikan sesuatu masalah, selain pada masa yang sama menyertakan beberapa pemasalahan matematik padanya.
Selain daripada itu, Les Copaque juga turut sama sedang membangunkan permainan bercorak aksi, yang mana ditujukan kepada para peminat game dan juga peminat remaja dan yang lain-lain. Permainan bercorak aksi ini kelak akan mengikut jalan cerita filem Laksamana Upin & Ipin, dan mungkin akan kelak dilancarkan bersama-sama dengan filemnya kelak.
Buat masa ini, kedua-dua permainan ini sedang dalam proses pembangunan, dan masih lagi perlu memasuki pelbagai fasa pembangunan lagi. Ia masih tidak diketahui bilakah kedua-dua permainan ini akan dilancarkan.

















34 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
comel la aman! hik3! amanrawang!
Kalo dah kuar game PC ni,aku support 100% yang ori punye. Support Les’Copaque. yoshhhhh!
Bagus, anak² saya mesti suka. Kalau nak suruh diaorang test pun boleh haha.
Mantap. Kalau upgrade sikit grafik tu pun ok.
Tapi lagi best kalau diorang guna ni kat platform FB atau G+ cam Zynga tu.
bagus nih…kalau dah ada release, aku beli original terus! buatan tempatan yo!!! buatan luar negara pi bagi pirate terus!!! Game upin ipin ni kena perlukan system requirement yang rendah sikit janji kualiti memang mantap sama macam kat dalam citer upin ipin.
+1. Tapi kalau release free lagi bagus.
Release online ker. Cam aku ckp kat atas tu, jadikan game online. Kalau kat FB mungkin susah sikit since bebudak takleh ada akaun bawah 13thn kalo tak silap.
Kalo berbayar ni, cam letih sikit.Sedangkan COD pun org boleh crack ye tak?
saya suka saya suka….
mantap2…tapi apsal kepala upin ipin petak2 gitu?..hoho
bagus lah leskopak, meluaskan roduk upin ipin dari semua sudut media. kipidap~
minta2 boleh main dalam Linux jugakk.huhu
Harap2 dikeluarkan secara percuma.
sume nk free..aih
bagus2………
Wohaa~~~ Nak2…. Free ke… Bayo ke… X kesah… Nak dapatkan awal2….
hohoho karakter dia comel
jangan siapa2 rajin keluarkan patch/crack sudah.
tgk cam kurang skit kualiti. tapi comel
haha ..bagus3..
Bagus..bagus..bagus.. Tapi grafik tu kalau boleh upgrade kan sikit…
assalam . nie nak tanye , mcm mana nak download ? Mne nak cari ?
wasalam. belum release lagi. masih lagi dalam development.
nice.
hmmm suka suka suka.. =)
seyesli awesome n best!!!!!
menarik! ta kesah la berbayar confirm beli nanti. made in malaysia by malaysian.
comel gilaa :3
satu permulaan yg baik…cuma kualiti grafik perlu diperbaiki lagi…kepala karekter masih nampak jaggies (nampak petak2)…harap lepas ni korang buat game untuk mobile phone & PS3 pulak…
wahh! graphic da ok.. tgk mcm harvest moon je..
wah! comel la game ni .. nak main :p
best & menarik sangat2….suka3 tapi lagi best kalau ada tambahan cth: lagu2 specific yg lebih memudahkan permainan dan pembelajaran..
)
baru skarang nak buat game.. x guna..
nape x guna lak?
gempak !!!!
BEST LAH GAMES NIKAN TAK LAH BOSAN SANGGAT CUTI NIKAN BETOL TAK HIHIHI