31Oct

Aplikasi Plus Toll Rate Untuk Android Kini Turut Membawakan Sokongan Luar Talian

Perisian

Ingatkah lagi dengan aplikasi Plus Toll Rate yang pernah kami tuliskan sebelum ini? Setelah melalui beberapa fasa beta, kini akhirnya ia telah pun mencapai versi stabil pertama, dimana melalui kemaskini stabil pertama yang diperkenalkan, ia membawakan pelbagai penambahan dan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan aplikasi percuma ini.

Secara asasnya, melalui aplikasi PLUS Toll Rate ini, ia membolehkan para pengguna untuk menyemak dan mengira kos untuk tol perjalanan mereka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Melalui versi beta, ia hanya sekadar membawakan sokongan secara atas talian sahaja, tetapi kini melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membolehkan para pengguna untuk menyemaknya secara luar-talian, sekaligus amat berguna ketika dalam pejalanan, dan anda tidak mempunyai talian internet ketika itu.

Pada masa yang sama, ia turut dikemaskini, dengan sokongan bahasa Malaysia, serta bersaiz lebih kecil berbanding sebelumnya. PLUS Toll Rate kini turut menyokong Android 3.x membolehkan anda mengikutinya pada tablet anda..

Selain daripada itu, pembangunnya juga memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka melalui kemaskini aplikasi tersebut pada versi akan datang, iaitu sokongan geolokasi untuk mengetahui lokasi anda, dan juga sokongan kamera trafik masa-nyata membolehkan anda melihat keadaan trafik disesuatu lokasi dengan mudah.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun PLUS Toll Rate secara percuma daripada Android Market hari ini.


Mozilla Mula Mengikut Gaya Google Untuk Latar Masa Pembangunan Firefox
Opera 11.10 Barracuda Mencapai Fasa RC
Firefox 7 Aurora Untuk Android Dan Maemo Diperkenalkan
BlackBerry OS 7 Dan Beberapa Peranti Baru Bakal Dilancarkan Dalam Tempoh Kurang 24 Jam
Adobe Memperlihatkan Sokongan Mengeksport Presets Pada Photoshop CS6

12 Komen

  1. Omar pada 31 Oct 2011

    Interface cam simple sangat.
    Kalau background biru tu ubah letak gambar highway cam kad plusmile tu pun ok gak.

  2. oDiN pada 31 Oct 2011

    Dah download .. Bagus jugak benda ni tapi yang tak bestnya masa nak pilih kelas apa tu takde description .. Better bagitau sekali kelas 1 untuk kereta , 2 untuk lori .. etc etc

    • IkmalRedza pada 31 Oct 2011

      Saya sokong cadangan anda kerana saya juga kurang pasti dengan kelas kenderaan yang melalui lebuhraya di Malaysia. Cuma yang ada dinyatakan ialah kelas terakhir iaitu Bas. Bagaimana dengan picku-up? Kelas pertama atau kelas kedua?

      • paeh pada 31 Oct 2011

        pickup, trak 4wd seumpamanya kelas pertama

        • IkmalRedza pada 31 Oct 2011

          Ya kah? Dulu ada yang kata kalau pandu pickup akan dikenakan caj 1 kali ganda harga kelas pertama (motokar). Musykil, musykil…

  3. Ahmad Hati pada 31 Oct 2011

    Canggih

  4. imran pada 31 Oct 2011

    cool

  5. nazroll pada 31 Oct 2011

    Sebelum aplikasi ini, ahli team CodeAndroid Malaysia telah membangunkan aplikasi yang sama sejak tahun 2010.

    https://market.android.com/details?id=my.codeandroid.antollroid

    Adakah kemungkinan besar ia mempunyai kod asas yang sama? :P

  6. IR pada 31 Oct 2011

    diharapkan pembgun dapat buatkan program ini compatible dgn symbian

  7. Ejon pada 31 Oct 2011

    baru je dolod. tapi apesal interface dia lain dari yg aku dolod. siap bleh pilih kelas lagi

    • Ejon pada 31 Oct 2011

      eh betul la. kalo ada internet interface lain. takde tenet interface lain. bleh lak camtu. haha

  8. Aikhil pada 31 Oct 2011

    Magic bin ajaib tu.. hehee..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader