Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu fungsi yang popular pada Facebook adalah Facebook Chat. Sebelum ini, pihak Facebook pernah memperkenalkan beberapa perkara baru padanya, termasuk sokongan sembang berkumpulan dan sebagainya. Dan menariknya, kini beberapa pengguna diperlihatkan dengan fungsi baru padanya, iaitu sokongan sembang secara selari bersama rakan-rakan yang lain.

Melalui fungsi tersebut, anda boleh melihat apa yang sedang disembangkan pada dua kumpulan, ataupun dua orang rakan secara selari, berbeza dengan sebelum ini dimana salah satunya akan dikecilkan, dan hanya boleh mengikuti satu sahaja.
Ia masih tidak diketahui samada adakah Facebook berhajat untuk memperkenalkannya kepada semua, ataupun sekadar ujian sahaja buat masa ini.
Tips daripada Hafizul.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Secara selari, means? Camne nak invite kawan yang sorang lagi tu masuk chatbox kita?
ok, kalu chat gini, i lebih suke. xde nak klik2 banyak kali kat inactive tab chat tu
xminat dgn fb chat nie
xbest la chat kat fb
skype jer laa
mmg join ngn skype pon..huhu..tp quality gambr x memuaskan
still aku x suke ngan Fb Chat.
banyak sembang……
lepas ni berserenjang plak..hahaha
..ramai lak yg x suka ..dia tgah buat tu utk bg org suke la tu
best2.. makin memudahkan
sembang lebihhh…ehehehe!
sempoi je
Adeh, delete link tu..
baik.
woaahh… bagus la cam tu.. lepas ni leh borang dengan 2-3 orang sekali… xde la kene minimize je manjang..
*borak… salah taip lak… hehehe