Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Facebook sering menguji pelbagai perkara melalui fungsi-fungsi sedia ada pada laman sosial mereka, dan kini ia kelihatan yang mana mereka sedang dalam proses menguji rekabentuk baru untuk kotak dialog pada Facebook Connect. Lebih kurang seperti sebelumnya, ia lebih memfokuskan pada apakah data-data yang akan diambil oleh sesuatu aplikasi itu, dan memudahkan para pengguna memahaminya.

Berbeza dengan sebelum ini yang mana memperlihatkan para pengguna dengan penerangan yang lebih panjang, melalui paparan baru ini, ia hanya memperlihatkan beberapa perkara penting sahaja, sekaligus memudahkan para pengguna mengetahui apakah perkara-perkara yang akan diakses oleh sesuatu aplikasi itu.
Pengintegrasian Facebook Connect pada sesuatu aplikasi pihak ketiga amat mendapat perhatian pada masa kini, dan mungkin perubahan ini akan memberikan lebih banyak faedah serta memudahkan pengguna mengetahui pelbagai perkara dengan mudah melaluinya.
Terima kasih @Omar.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mohon add Nur Aleesha
..ada sj pmbaharuan yg fb buat ..bgs2
macam macam :3
advance
ape ni?
Apa ke benda fungsi ni?? huuuhhuuh macam2 facebook ni.. tak sabar aku nak try benda baru.. >_>
*clap clap*
ada masa aku risau dgn fb ni
yakin ramai orang skrang ini terlalu obses sehingga bayak perkara nk diletakkan dalam fb
hurmm