07Oct

Facebook Pages Menambah Dua Fungsi Baru – Menjadikannya Lebih Efektif

Web 2.0

Nampaknya, selain beberapa fungsi baru yang diumumkan sebelum ini untuk profil individu Facebook, kini laman sosial terkemuka tersebut juga turut sama memperkenalkan beberapa penambahan fungsi baru pada Facebook Pages, membolehkan sesuatu jenama atau syarikat berinteraksi dengan lebih efektif bersama pengguna mereka.

Melalui laman Facebook Pages, kini ia turut sama memperlihatkan aktiviti pengguna pada sesuatu halaman, membolehkan sesiapa sahaja melihat betapa aktifnya sesuatu laman itu, dan berapa ramai pengguna yang menggunakannya pada 7 hari kebelakangan ini.

Selain daripada itu, Facebook Pages juga kini membolehkan jenama atau syarikat disebaliknya dengan mudah tag nama pengguna halaman Facebook mereka apabila mereka meninggalkan komen. Perkara ini sekaligus membolehkan sesuatu jenama itu berinteraksi dengan lebih baik dan efektif bersama pengguna mereka.

Mungkin kita juga akan dapat melihat lebih banyak fungsi baru dalam masa terdekat ini diperkenalkan pada Facebook Pages.

Tips awal daripada Nazrien


MyDeal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Ipoh, Kuching dan KK
Domain LivingSocial.com.my Didaftarkan - Adakah Penjenamaan Semula Everyday.com.my Akan Berlaku?
Flvrd Terpilih Untuk Menyertai Startup Chile
UploadNSell Memudahkan Anda Memulakan Jualan Dalam Masa Kurang 5 Minit
Paparan Gambar Baru Di Facebook Mula Diuji Secara Meluas - Memfokuskan Pengiklanan

6 Komen

  1. nur pada 07 Oct 2011

    ade perasan sebelum ni.. hehe aman juga buat review..

  2. EddyGeek pada 07 Oct 2011

    ada gak tertanya2 untuk apa talking about this. rupanya pasal aktiviti pengguna.

  3. Zul's Stuff pada 07 Oct 2011

    terbaek la fb mcm2 benda bru…

  4. topo pada 07 Oct 2011

    yeah! tag nama perngguna tu yang aku suka. Menarik!

    • Hisyam pada 07 Oct 2011

      Cadangan dari topo. Hahaha. +1

  5. amoi pada 07 Oct 2011

    tag nama pengguna paling best. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader