30Oct

Faces.my Disahkan Pelancarannya Pada Bulan November – Pada 11-11-11

Web 2.0

Salah satu projek tempatan yang dinantikan ramai adalah Faces.my, yang mana bakal menawarkan kemudahan untuk para freelancer untuk mempamerkan portfolio mereka, disamping pada masa yang sama memudahkan mereka yang ingin mengupah untuk mencari prospek mereka. Laman yang disasarkan untuk pelancaran 1 November, kini ditangguhkan untuk pelancaran pada 11-11-11, iaitu lebih kurang dua minggu dari sekarang.


Laman Ujian Beta – Faces.my


Rekabentuk Profail Di Faces.my

Fungsi-fungsi dan pelbagai perkara yang bakal dibawakan oleh laman Faces masih lagi dirahsiakan sepenuhnya oleh pihak pembangunnya buat masa ini. Ia juga dilihat yang mana mereka kini dalam ujian beta tertutup, dan masih lagi dalam peringkat ujian dalaman.

Bagi mereka yang berminat dengan pembangunan laman Faces.my ini, anda boleh ikuti lebih lanjut melalui laman Twitter mereka melalui @faces_my ataupun melalui halaman blog mereka, yang mana menyertakan pelbagai info menarik mengenai pembangunan laman Faces.my tersebut.

Selain daripada laman Faces.my, laman WutMedia juga bakal dilancarkan pada tarikh yang sama, membawakan beberapa aplikasi iOS tempatan kepada para pengguna.


TechVentures : 9 Syarikat Membawa Pulang RM1.5 Juta
Kelompok Pertama Dibawah GreyAttic Akan Bermula Jun Ini
Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun
Twitter Mengumumkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Rasmi
Pengguna HTC Baru Akan Ditawarkan Dengan Ruangan Percuma 5GB Pada Dropbox

14 Komen

  1. Firdaus pada 30 Oct 2011

    Pertamaxx!

    • Omar pada 30 Oct 2011

      Tahniah!
      Gi tuntut medal kat Aman.. Haha..

  2. oDiN pada 30 Oct 2011

    Ajerai muke ensem ~!

  3. Aikhil pada 30 Oct 2011

    Ape ke mendanye faces.my ni?

    • Pisyek pada 30 Oct 2011

      “..yang mana bakal menawarkan kemudahan untuk para freelancer untuk mempamerkan portfolio mereka..”

      ayat pertama perenggan pertama. /facepalm.

      :P

  4. ramlan pada 30 Oct 2011

    bagus faces.my. ni profile saya. http://i.imgur.com/HSxO0.jpg

  5. amir pada 30 Oct 2011

    igt mcm facebook~hehe

  6. Haziq pada 30 Oct 2011

    cool..

  7. ali mamak pada 30 Oct 2011

    bile nak launch…

  8. imran pada 30 Oct 2011

    terbaik

  9. Synyster Gates pada 30 Oct 2011

    ape pulak faces ni.. nasib baik bukan 1Faces.my :D

  10. azrijohan pada 31 Oct 2011

    ni yang terasa cam nak jadi freelancer lak..hehe

  11. Wan Perlis pada 14 Nov 2011

    alamak ditutup lak utk reg


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader