01Oct

FakeFreelance Dijenamakan Semula Menjadi FFStudios.my

Web 2.0

Ingatkah lagi dengan FakeFreelance yang pernah menawarkan pelbagai tutorial dalam bentuk video sebelum ini? Kini laman tersebut telah pun dijenamakan semula kepada FFStudio, dimana melalui penjenamaan semula ini, pembangunnya akan mula memfokuskan lebih kepada penyediaan tutorial mengenai grafik dan juga visual FX, selain pada masa yang sama berkongsikan pelbagai video tempatan menarik melaluinya.

Pada masa yang sama, FFStudio juga dijangka bakal memperkenalkan rancangan internet mereka tersendiri, yang mana boleh diperkatakan akan memfokuskan kepada teknologi, gajet, dan sebagainya.

Buat masa ini, laman FFStudio masih lagi baru, dan menyertakan beberapa filem pendek menarik pada laman mereka. Mungkin dalam masa terdekat kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak video menarik dihasilkan dan dikongsikan oleh mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Facebook Memperkenalkan Sistem Mesej Moden?
Teknologi Sepanjang Tahun 2010
Facebook Menjadi Medium Pasaran Digital Pilihan Di Malaysia
Twitter Menguji Tweet Iklan Pada Timeline Dengan Lebih Meluas
Facebook Bersedia Untuk Memfailkan IPO Seawal Rabu Hadapan

30 Komen

  1. Omar pada 01 Oct 2011

    aku ngat ni memula ffk.my

  2. Pisyek pada 01 Oct 2011

    nak belajar AE weh. hehehe. :D

    • Lutfi Azhar pada 01 Oct 2011

      dalam 2 minggu ni tutorial AE akan di upload. :)

  3. Ikhwan pada 01 Oct 2011

    Nak produksi yang buat filem libas tu ke?
    Sebab ada nampak poster libas kat website diorang..

    • Lutfi Azhar pada 01 Oct 2011

      bukan. kami hanya tlg promote/support local film sahaja. libas kan baru keluar kat pawagam.

      • Topet Hidtopetayat pada 02 Oct 2011

        nape tak post vid trailer je trus instead of poster je?

        • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

          bagus gak cadangan tu. thanks. :)

        • Sil pada 02 Oct 2011

          xdek space kot..or maybe ley linkkan ke post dia

  4. wazy pada 01 Oct 2011

    cayalah…semakin maju ni
    kena sokong web ni

    • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

      thanks. kami akan cuba berikan yang terbaik. :)

  5. Sil pada 02 Oct 2011

    hoho 1 usaha yg amat menarik..harap2 dpt menaikkan lg industri n level orang2 kite :)

    • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

      mmg itulah objektif utamanya. selain nak tolong anak2 melayu yang lemah dalam akademik tapi ada minat dan berjiwa kreatif. terutamanya pelajar lepasan SPM yg gagal masuk mana2 ipta & x cukup duit nak masuk kolej swasta

      • Ferdey pada 02 Oct 2011

        +99999

      • Topet Hidtopetayat pada 02 Oct 2011

        penyelesaian masalah telah berlaku… dulu aku time sekolah bodoh sikit B.I nih… so nak tgk tutorial ni tak brapa pandai… tp skang dah ada tutorial BM plak… bagus2…

        • Sil pada 02 Oct 2011

          tp tu la bahasa kene jage gak kot..tkot nnt orang salahkan sbb rosakkan bahasa..
          aku rasa bahasa kat amanz ni memang da terbaik ni :D

          • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

            +1. amanz ni karangan SPM mesti A1. dah lama tak menulis karangan. tu yang otak agak lembab nak menulis balik. kalau ada siapa-siapa yang sudi tolong lagi bagus. hihi

        • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

          walaupun kami x ada dana dari siapa2, kami akan cuba tolong sedaya upaya kami. hehehe…abang topet boleh la tlg buat tutorial satu dua utk animation. hehe

  6. syapik pada 02 Oct 2011

    waahh.. aku nak wat filem pendek gak ar.
    bleh ar blaja sket2..

  7. LeoN513 pada 02 Oct 2011

    kali ni aku suka design web baru ni sb dark cool. Dude! xsabar plak nk tgk hasil vid gempak korang lol~ hahhaa.. ;p
    papepun all the besh!

    • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

      kami biasa-biasa je. belum cukup hebat lagi. skill budak baru belajar lagi ni. thanks for the support btw. :)

  8. Topet Hidayat pada 02 Oct 2011

    nice lay out… hehehe…. nak tanye nih… mcm mane kalo sy nak upload kat web site nih?

    • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

      nak upload ape? short film ek? nanti kite akan tambah satu submit form utk submit karya masing2.

  9. faisal pada 02 Oct 2011

    Bagus2… menda2 macam ni la diperlukan utk para belia untuk terus maju dalam bidang penyiaran, perfileman. Meningkatkan mutu dan martabat kita. gogogo FF!

    • Lutfi Azhar pada 02 Oct 2011

      setuju. mungkin tahap sekarang masih belum cukup mantap lagi. tapi lagi setahun atau dua tahun pasti boleh insyaAllah. :)

  10. Nabil pada 02 Oct 2011

    Nice.tp boleh ta nk berkenaalan dengan abg lutfi~ kacak~ awww~

  11. dean pada 08 Oct 2011

    mmg best gila video ffstudio ni…kreatif….:)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader