27Oct

Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing

Microsoft, Perisian

Jikalau sebelum ini, Mozilla memperkenalkan Firefox bersama Twitter hasil kerjasama bersama-sama dengan pihak Twitter, hari ini, Mozilla bersama-sama dengan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, mereka menawarkan Firefox bersama-sama dengan Bing, yang mana menyertakan pelayar web sumber terbuka popular itu bersama-sama tetapan carian Bing sebagai tetapan utama.

Perkara ini, sekaligus memudahkan para pengguna yang meminati enjin carian Bing menggunakan pelayar web yang dioptimasikan khas bersama-sama dengan enjin carian tersebut, selain daripada pelayar web Internet Explorer.

Melaluinya, kini selain daripada bar carian dibahagian tepi yang turut menyertakan Bing bersama-sama dengan enjin carian lain, para pengguna pelayar web Firefox juga turut sama boleh menggunakan bar URL yang dikenali sebagai AwesomeBar untuk membuat carian terus pada Bing dengan menaip kata kunci padanya.

Bagi mereka yang berminat dengan Firefox bersama-sama Bing, anda boleh memuat-turun pelayar web khas itu serta mula menggunakan enjin carian Bing bersama-sama dengan pelayaran web anda.


Kedai Aplikasi Pada Windows 8 Akan Dikenali Sebagai Windows Store
Mango Membawakan Integrasi Xbox Live Lebih Mendalam
Aplikasi Skype Untuk iPad Ditarik Balik
Kinect Untuk Windows Akan Mula Dijual Bermula Februari Kelak
Versi Stabil Pertama Skype Untuk Windows Phone Dilancarkan

10 Komen

  1. Omar pada 27 Oct 2011

    Bing nak lawan Google kot buat camni, siap buat set as default tu..

  2. Jyundoo pada 27 Oct 2011

    default setting dgn Bing. tp, ku masih belum suker lagi Bing. hehe

  3. Namawee pada 27 Oct 2011

    Bing? Meh….

  4. imran pada 27 Oct 2011

    Bing Bing, makin hebat nampak

  5. ali mamak pada 27 Oct 2011

    bing.. x suke sgt gune bing

  6. amirzaim pada 27 Oct 2011

    Internet explorer dah macam dianaktirikan kot?…

    • snazzybizarre pada 27 Oct 2011

      IE lmbap sgt nak search… hahaha

  7. yapompiow pada 27 Oct 2011

    Google!

  8. amer sparrowhawk pada 27 Oct 2011

    mozilla bkan google punye ke?

  9. Ahmad Wan pada 28 Oct 2011

    hari tu google cakap firefox sangat penting untuk mereka walaupun google ade browser sendiri.. kuat betul mainan politik geng geng it nih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader