13Oct

FourSquare Radar Membolehkan Anda Mengetahui Lokasi Menarik Berdekatan Dengan Automatik

Web 2.0

Setelah sekian lama mendiamkan diri, kini FourSquare kembali dengan aplikasi bersama-sama fungsi baru mereka, yang dipanggil Radar, dimana melaluinya ia membawakan sebuah perubahan yang besar pada aplikasi FourSquare, membolehkan anda mengikuti kemaskini dunia di sekitar anda dalam masa-nyata.

Melalui sokongan FourSquare Radar ini, ia mengikuti dan mengambil-tahun apakah tempat-tempat yang menjadi kegemaran anda, dan disimpan pada FourSquare, dan apabila anda lalu berdekatan dengannya, ia mengeluarkan notifikasi khas memperlihatkan yang mana lokasi tersebut adalah berdekatan dengan anda.

Dan menariknya, ia tidak memerlukan anda membuka aplikasi FourSquare, sebaliknya berfungsi secara automatik, dan mengeluarkan notifikasi secara automatik pada peranti anda.

Buat masa ini, fungsi FourSquare Radar hanya diperkenalkan kepada para pengguna iOS sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna lain dalam masa terdekat.


Office Sebagai Facebook App Melalui Docs.com
DiGi Memperkenalkan Servis Twitter SMS
PayPal Membuka Pusat Khidmat Pelanggan Di Malaysia
Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan - Dijana Oleh Wut2Feed
Instagram Untuk Android Telah Dimuat-Turun Lebih 5 Juta Kali

4 Komen

  1. Dik Mie pada 13 Oct 2011

    mengambil-tahun yer… tahun berapa? hehehehe

  2. Ismail pada 13 Oct 2011

    baru je guna…

  3. bravo!! pada 14 Oct 2011

    GO!!!GO!!!GO!!!the best application!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader