Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan acara Google dan Samsung disasarkan untuk pagi esok, kini beberapa informasi berkaitan dengan Nexus Prime yang mana bakal dikenali sebagai Galaxy Nexus telah pun kelihatan, memperlihatkan gambar dan juga spesifikasinya.

Melalui Samsung Galaxy Nexus, seperti semua sedia maklum, ia bakal membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, serta didatangkan bersama-sama cip pemprosesan 1.2GHz, skrin sentuh AMOLED HD seluas 4.65-inci, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan NFC dan juga RAM sebanyak 1GB.
Buat masa ini, harga jualannya masih lagi tidak diketahui. Dan memandangkan ianya dikeluarkan oleh Samsung, mungkin kita boleh melihat peranti tersebut dilancarkan di Malaysia lebih pantas daripada negara-negara lain, sama seperti ketika pelancaran Nexus S dan juga Samsung Galaxy S2. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengannya.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nama nexus prime lagi best..
tak de la se-curve yang aku harapkan.
tapi.. kamera belakang 5-megapixel? serius?
..5mp je la ..nk simpan takhta utk keturunan galaxy s
wah~ nexus..
mungkinkah ada 2 device? Galaxy Nexus & Nexus Prime?
5MP? mengecewakan
mcm2 jenis hp bru skrg ni..
x setanding Galaxy Notes..
tunggu malam ni
huish. macam2 sekarang ni. banyak betul pilihan