05Oct

Gingerbread Kini Digunakan Pada Lebih 38.2% Peranti Android Seluruh Dunia

Google

Nampaknya, pengguna peranti Android 2.3 Gingerbread semakin meningkat dari hari ke hari, dimana melalui statistik semasa yang dikeluarkan oleh pihak Google melalui halaman Android Developers, ia memperlihatkan pengguna Gingerbread kini telah pun melangkaui angka 38.2% daripada keseluruhan pengguna Android seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, Froyo masih kekal sebagai sistem operasi utama dengan pegangan pasaran sebanyak 45.3%, namun ia semakin berkurangan dari hari ke hari. Pengguna tablet ataupun Honeycomb pula adalah sekitar1.8% daripada keseluruhan pengguna Android.

Angka ini mungkin akan memperlihatkan perubahan dalam masa beberapa bulan akan datang, dengan penyertaan versi Android baru, iaitu Android Ice Cream Sandwich, yang mana dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin kita akan dapat melihat demonstrasi awal Ice Cream Sandwich melalui Nexus Prime yang dijangka akan diperkenalkan pada minggu hadapan.


Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail
Google Memperkenalkan Instant Previews Untuk Iklan
Xperia Ray Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1899
Lebih 1 Trillion Tontonan Video Diperlihatkan Oleh YouTube Sepanjang 2011
Peranti Samsung Yang Bakal Diumumkan Pada MWC 2012 Mula Kelihatan

8 Komen

  1. shahrulfaizal pada 05 Oct 2011

    suka codename pada android…

    • Jyundoo pada 05 Oct 2011

      a’a. aku rasa meriah je, nama codename yg google bg ni

    • topo pada 06 Oct 2011

      nama semua menyelerakan hahaha

  2. Aikhil pada 06 Oct 2011

    ..ikut alphabet ;-)

    • Pisyek pada 06 Oct 2011

      eh, ye ke? baru perasan. hehehe. :D

  3. Mayang Abadi pada 06 Oct 2011

    nak kena cuba juga ni. hehe

  4. snazzybizarre pada 06 Oct 2011

    samsung samsung… lmbatnya nak dpt gingerbread…masih tersekat kat froyo lg…

  5. joecole pada 06 Oct 2011

    bila la galaxy ace nk dpt official gingerbread kt m’sia ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader