18Oct

Google Akan Mengaktifkan Antaramuka Baru Blogger Untuk Semua Dalam 2 Minggu Lagi

Google

Sebelum ini, pada bulan September yang lepas, Google telah pun memperkenalkan kemaskini antaramuka baru untuk para pengguna Blogger. Ketika itu, ia hanya diperkenalkan sebagai salah satu pilihan sahaja, dan kini nampaknya Google akan mengaktifkan antaramuka baru untuk semua pengguna, mengantikan antaramuka lama dalam tempoh dua minggu lagi.

Melalui rekabentuk dan antaramuka baru pada Blogger, ianya lebih kemas dan pantas berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama, antaramuka baru juga lebih mesra iPad, serta membawakan beberapa fungsi tambahan bersama-sama dengannya.

Mungkin perubahan rekabentuk baru kepada semua pengguna Blogger merupakan salah satu usaha Google dalam memastikan semua produk mereka mempunyai pengalaman penggunaan yang lebih kurang sama, dan mengikut penjenamaan mereka.

Bagi mereka yang berminat untuk mengaktifkannya serta-merta, sebelum Google mengaktifkannya dalam tempoh 2 minggu lagi, anda boleh klik pada pautan mencuba rekabentuk baru pada bahagian Dashboard di Blogger.


Selepas Honeycomb, Ianya Android Ice Cream Sandwich?
Aplikasi Android Music 3.0 Mula Tersebar Di Internet
Blogger Kembali Beroperasi - Artikel Dan Komen Kembali Ke Hari Rabu?
Google+ Untuk Jenama Bakal Diperkenalkan Pada Suku Tahun Ketiga
Google+ Menambah Fungsi Sokongan Efek Pada Video Hangout

15 Komen

  1. Piratz pada 18 Oct 2011

    yeay.. tapi aku guna wordpress

  2. bardboo pada 18 Oct 2011

    sy lebih suka guna yg lama

  3. amir pada 18 Oct 2011

    bgus,bru la update sket blogger

  4. IkmalRedza pada 18 Oct 2011

    Adakah Blogger terbaru lebih selamat dari WordPress versi terbaru? Agak berminat untuk host domain sendiri di Blogger la.

  5. apaajanews pada 18 Oct 2011

    ermm tak sabar nak lihat

  6. zuan pada 18 Oct 2011

    uiks, aritu bkn tuka bru ke? tuka lg

    • Aman pada 18 Oct 2011

      aritue dia tuka, tapi tak aktifkan untuk semua. kira still ada pilihan untuk tukar ke antaramuka lama. tapi sekarang dia nak tukar semua. :p

      • Kujie pada 18 Oct 2011

        masih guna yg lama, lebih terang dan muah
        yang baru ni kelabu je…dah le makcik rabun

  7. Wan Perlis pada 18 Oct 2011

    hehe dah upgrade siap2

  8. CMRatu pada 18 Oct 2011

    masih belum selesa dengan yang baru.. lama2 guna ok la kot..

  9. bulertz pada 19 Oct 2011

    ada perasan pasal dynamic view tak dekat blogger ?
    menarik tapi tak mesra widget .
    harap sangat google dapat ubahsuai supaya dapat sertakan wiget dalam dynamic view.

  10. Finalcross pada 19 Oct 2011

    Selesa menggunakan antaramuka yg baru. Tk pndg blkg dah. Huhu. Simple & minimalist. Win!

  11. Asyraf File pada 21 Oct 2011

    memang dah biasa menggunakan antaramuka baru… tetapi ada bug jika menggunakan Bahasa Melayu…

  12. amin pada 01 Nov 2011

    yg terbaru masih lemah lagi.. tak leh nak edit HTML ..hari tu ada buat ..perghhh menyirap tak leh edit HTML …terpaksa guna yg lama blik


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader