03Oct

Google Menawarkan Lebih Data Melalui Google Analytics Premium

Google

Dengan pelancaran sokongan masa-nyata pada Google Analytics tempoh hari, Google turut memperkenalkan Google Analytics Premium, iaitu salah satu perkhidmatan berbayar mereka untuk syarikat yang besar dan inginkan lebih banyak data, dan aplikasi tambahan dalam laporan statistik mereka.

Melalui pekhidmatan berbayar Google Analytics tersebut, Google menyediakan pengumpulan data yang lebih tinggi berbanding versi biasa, selain turut menawarkan analisa yang lebih banyak, serta sokongan 24 jam sehari kepada para pelanggannya melalui telefon dan juga bantuan pemasangan daripada pakar.

Dan untuk pembayaran pula, harga Google Analytics Premium adalah tetap, iaitu sebanyak $12,500 sebulan, ataupun $150,000 setahun, yang mana akan diinvoiskan oleh Google secara bulanan.


Google Menamatkan Lively
Google Bakal Memperkenalkan Cloud-Printing
Google Friendship - Lawak Rangkaian Sosial Dari Google?
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun
Google Maps Membawakan Sokongan Lawatan 3D Ke Beberapa Lokasi Utama Dunia

13 Komen

  1. Omar pada 03 Oct 2011

    Dengan harga sebanyak tu, company yang mendaftar untuk itu pun bukan sebarang company, apatah lagi startup mahupun blogger rasanya. Hampir RM 300k setahun tu..

  2. rognales pada 03 Oct 2011

    Tudia. Mahal nohorom.

  3. Jyundoo pada 03 Oct 2011

    Omak Kau, 12k Lobih Roga nyo. Uihhhhh, buleh buek kenduri bosaran tu

  4. myFirdaus pada 03 Oct 2011

    kaw2 harga dye… bergegar..

  5. pedangmujahid pada 03 Oct 2011

    pergh…. berdesup….

  6. zuls pada 03 Oct 2011

    memang mahal tu. Khas utk company hebat2. Amanz taknak subscribe? =P

  7. ayie pada 03 Oct 2011

    bagi comp luar negara yg bayar guna Dollar ok la kot :) masyuukkkk la google…strategi bisnes hehe

  8. AMR pada 03 Oct 2011

    em, kaya2.. org kaya makin kaya..

  9. EddyGeek pada 03 Oct 2011

    erkk.. harga. impossible

  10. lanzz pada 03 Oct 2011

    perhhh!!

  11. brobard pada 03 Oct 2011

    tu dia.. kaya.. kaya..

    • fadzioriq pada 03 Oct 2011

      haha, tgk rege pun dah rasa kaya~haha

  12. Juan pada 03 Oct 2011

    wah, xkan mahal sampai mcm ni, ni mcm business besar besar jer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader