28Oct

Google Memperkenalkan Sokongan Google+ Untuk Pengguna Google Apps

Google

Salah satu fungsi dan perkara yang dinantikan ramai pengguna Google Apps adalah sokongan Google+ padanya, dan hari ini, Google telah pun mengumumkan berita manis kepada mereka semua, dimana Google telah pun memperkenalkan sokongan Google+ secara rasminya pada Google Apps dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna Google Apps secara berperigkat bermula hari ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula mengaktifkan Google+ untuk organisasi, kelab dan sebagainya bermula hari ini, dimana ia kelak akan membolehkan para pengguna log masuk melalui halaman rasmi Google+ dan mula berkongsi dengan rakan sepejabat dengan mudah dan senang melaluinya.

Anda juga tidak lagi perlu menambah rakan pejabat satu per satu seperti sebelumnya, tetapi melalui integrasi Google Apps, ia akan menarik semua data, membolehkan anda berkongsi antara satu sama lain dengan mudah.

Jadi, dengan pengenalan Google+ untuk Google Apps, mungkinkah kita akan dapat melihat halaman jenama dan perniagaan pada Google+ tidak lama lagi?


Google Wave Bakal Menggunakan Konsep Viral
Ketahui Kos Minyak Untuk Perjalanan Melalui Google Maps
Google+ Rangkaian Sosial Daripada Google
Google DevFest 2011 Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 29 September
GMail Meter Membolehkan Anda Mengetahui Statistik Dan Penggunaan Akaun Emel Anda

4 Komen

  1. Hazriq Ishak pada 28 Oct 2011

    google creative kit?

  2. makangajet pada 28 Oct 2011

    nak cuba ^^

  3. imran pada 28 Oct 2011

    google+

  4. Lizz pada 28 Oct 2011

    aku tak ada syarikat cam kau aman.acaner?hehehehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader