Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkhidmatan berasaskan web dari Google yang masih tidak dibuka secara rasmi kepada umum adalah Google Music. Namun nampaknya Google telah menyusun langkah seterusnya untuk perkhidmatan tersebut, dimana kini dilaporkan yang mana Google bakal membuka sebuah kedai atas-talian yang memfokuskan kepada jualan lagu dan MP3 melaluinya.

Melaluinya kelak, Google bakal bersaing dengan beberapa perkhidmatan seumpama yang sedia ada, termasuk iTunes daripada Apple dan juga Amazon sendiri. Perkara ini sekaligus akan menarik para pengguna Android untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, dan memudahkan Google bersaing bersama-sama dengan yang lain.
Ia turut diperkatakan yang mana Google mungkin akan melancarkannya sebelum Apple melancarkan perkhidmatan iTunes Match mereka kepada umum. Selain daripada Google Music yang masih belum dibuka sepenuhnya kepada pengguna tempatan, di Malaysia sendiri terdapat sebuah perkhidmatan seumpamanya, dinamakan sebagai WOWLoud.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Terbaik daripada Google. Kemungkinan besar akan diintegrasi bersama Google+ supaya peminat dapat membeli dengan pantas
Tidak pasti bagaimana pasarannya di Malaysia kelak. Sepertinya tidak akan mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia, berbanding negara lain. Ini berdasarkan pada beberapa laman seumpama ini di Malaysia yang menjual MP3 secara atas talian, salah satu contohnya Music Bluehyppo milik TM yang tidak mendapat sambutan dan akhirnya ditutup.
Selain itu juga, mentaliti pengguna yang masih cenderung ke arah cetak rompak dan muat turun dari internet turut menyumbang ke arah masalah ini walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dibuat oleh ‘pihak berwajib’.
Jika pihak Google ingin meluaskan perniagaan MP3 ini di Malaysia, saya rasa mereka perlu bekerjasama dengan ‘pihak berwajib’ di Malaysia dalam menangani masalah ini. Mungkin dengan menawarkan harga yang mampu milik, atau mungkin perkara lain yang boleh menarik minat pengguna di Malaysia ini.
Tetapi persoalannya, adakah pengguna di Malaysia mahu membeli MP3 tersebut dengan mengeluarkan wang poket sendiri, atau pun muat turun dari internet atau berkongsi sahaja dengan rakan-rakan yang lain secara percuma? Atau mungkin juga, Google tidak mahu membuka perkhidmatan ini di Malaysia, memandangkan kuasa membeli para pengguna Malaysia masih tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh Google. Mungkin Google Malaysia boleh memberikan penjelasan di sini.
:p
p/s: Aman, tambah kolum untuk kajian kes, baru menarik.
music@bluehyppo tu hanya one example of marketing failure. Banyak je portal yg menyediakan pembelian lagu secara atas talian yg berjaya di Malaysia cth:DigiMusic, Hotlink Music Unlimited dan The Cube(celcom). Harga utk satu lagu penuh available dr RM0.99 – RM5.00, satu amount yg sy rase pengguna di Malaysia x rase lokek/susah utk dikeluarkan.
kekangan utama yg wujud adalah dari segi proses pembayaran yg kadang2 mengambil masa (1.pilih lagu, 2.tgu sms yg kadang2 lepas 1 jam baru sampai, 3. reply sms utk confirm pembelian, 4. baru boleh download ke hp atau computer), tidak seperti proses pembelian di kedai yang hanya memerlukan pengguna untuk pilih dan terus bayar. Kalau proses ni boleh di simplified, confirm akan meningkatkan penjualan secara atas talian dgn mendadak.
1 mp3 ~ $1
3 sms ~ $1.5
total ~ $2.5
= cas tersembunyi
mungkin takkan dapat sambutan….
di malaysia mungkin tak, tp globally user mmg prefer pembelian atas talian begini. dan dgn berkembangnya Android phone,xmustahil sambutan akan jd luar biasa. mungkin.
bile smpai malaysia lak????
mp3, agak susah kalo di msia
produk google nak masuk malaysia lagi…
lihat pada kekuatan google ia mampu bersaing…
kalau lihat pada untung rugi kan, google tak nangis kalau tak laris dimalaysia…
apa yg betul masyarakat malaysia pecinta cetak rompak… he3,
perlawanan big 3… apple vs amazon vs google…