15Oct

Google Chrome Untuk Android Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Google

Nampaknya, Google mungkin bukan sahaja mengumumkan kemaskini Android pada hari Rabu ini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich, sebaliknya pada masa yang sama, kini diperkatakan yang mana Google mungkin turut sama akan memperkenalkan aplikasi Google Chrome untuk Android. Namun perkara ini masih tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Seperti sedia maklum, Chrome merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari, dimana buat masa ini, ia ditawarkan untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Mungkin dengan pengenalan pada Android, kita mungkin akan dapat melihat ia turut diperkenalkan pada platform yang lain secara berperingkat.

Buat masa ini, Opera dan juga Firefox turut sama menyertakan aplikasi pelayar web mereka untuk Android.


Kemaskini Aplikasi Lebih Pantas Dengan Courgette
Pemain Video Baru Di YouTube
Android 2.3.3 Menumpukan Perhatian Pada Fungsi NFC
Google Mula Memperkenalkan Perkhidmatan Blogger Mengikut Negara
Aplikasi Google+ Untuk Android Dikemaskini - Membawakan Antaramuka Baru

8 Komen

  1. Syukri Lajin pada 15 Oct 2011

    Chrome untuk android!!.. dah lama dinanti2kan.. XD

  2. Ikmal pada 15 Oct 2011

    dolphin browser pnye interface pn da mcm google chrome

  3. bisyairi pada 15 Oct 2011

    harap2 bole sync dgn desktop..

  4. alia pada 15 Oct 2011

    yeay seronoknye!cpt la buat..

  5. budakbandunglaici pada 16 Oct 2011

    wow..suka2..
    senang nak on9 kat fon pas ni..

  6. Bulan Terkenal pada 16 Oct 2011

    IE untuk Android takde?hahaha

  7. Ahmad Hati pada 17 Oct 2011

    Terbaik ;p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader