Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan dunia media digital di Malaysia yang semakin meningkat naik, kini Majalah Advertising + Marketing telah pun mengeluarkan jenama saluran pemasaran digital yang menjadi pilihan para pengguna dan pemasar di Malaysia. Dan berdasarkan daripada bancian yang dijalankan, Google menjadi media pemasaran pilihan untuk pengiklanan dan pemasaran atas talian oleh pengguna Malaysia.
Mengikuti dibelakang Google adalah Innity di tempat kedua., iCatcha Digital Asia di tempat ketiga dan juga Better Digital Solutions di tempat keempat.
Mungkin pemilihan Google sebagai salah satu jenama pemasaran utama dikalangan pemasar dan pengiklan tempatan merupakan salah satu sebab mengapa Google membuka pejabat mereka di Malaysia pada tahun ini.
Selain daripada itu, ia juga kelihatan yang mana Google Malaysia dalam perancangan membawa beberapa lagi produk mereka kepada para pengguna Malaysia, dan salah satunya adalah Google Street View yang mana mungkin akan memulakan gambaran dibeberapa lokasi di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semakin berpengaruh google ni…btw,nuffnang takde? Hehehe
nuffnang tak masuk senarai nampaknya
yeahhh innity2
nuffnang? nuf nuf la jawabnya XD
oh ingatkan nuffnang no 1 ke no 2 ke..rupanya google dan inity ye ..
nuffnang byr kedekut, geng2 yg aktif jer dpt byran yg masyuk…haha
google dah tentu…. innity? peh… belum cukup syarat lagi nak daftar dengan innity
nupnang mana? haha
Nuffnang takde ek.better digital solution tak penah tau
Google dan innity dah ramai guna,pendapatan bulanan pun kira ok la
saya pun guna adsense , dan selalu tengok banyak iklan dari orang Malaysia.
street view? boleh live la cerita lubuk tupah..kehkeh
Nuffnang takde pun
innity ni memang gmpak.. 2 kali kena reject..so salut dgn kegempakkan dorng, pentingkn tahap trafik
Nuffnang untuk orang MANJA MANJA jaaa.. sebab Nuffnang suka belai orang pilihan depa.. sebab tuh depa pilih bulu… KEDEKUT betul nuffnang ni.. ahahaha jangan marah yaaa
Kombonasi Innity dan Google amat berkesan dalam menjana pendapatan yang costant dan lumayan sekiranya dapat apply kedua-duanya.