Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, kandungan berbahasa Malaysia di arena internet ini masih lagi amat sedikit, dan kadangkala ianya amat sukar untuk mencari kandungan dalam bahasa Malaysia di internet. Untuk mengatasi perkara ini, kini Google memudahkan pengguna dengan memperkenalkan fungsi terjemahaan keputusan carian dengan mudah terus melalui enjin carian Google.

Kini, sekiranya anda menetapkan tetapan Google anda kepada bahasa Malaysia, setiap carian yang diperlihatkan, yang mana berbahasa Inggeris dan sebagainya akan diterjemahkan secara automatik kepada bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat pilihan pada hasil carian.
Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna untuk menikmati pelbagai kandungan menarik dalam bahasa ibunda pilihan mereka. Selain daripada bahasa Malaysia, Google turut menyokong lebih 13 bahasa yang lain, termasuk Hindi, Afrika dan banyak lagi.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Actually, walaupun fitur nie ada pun x berapa nak berguna… Coz, terjemahan dia semua dah teberancai…
btol2… saye sokong..
13? Bukan ke dah lebih 40? Rasanya Amanz pos ni dgn terburu2 sgt.
itu dekat Google Translate, yang fungsi terjemahan bagi kandungan Inggeris yang berkaitan ini, hanya 14 bahasa sahaja disokong.
oh…tadi saya tak tengok pautan tadi. ini benda yg lain drpd translate.google.com. maaf ^.^
bahasa tunggang-terbalik daa…
bahasa mesin biasalah…..
Tapi dia masih guna bahasa Indon juga kan?
good job la google….lebih memudahkan koje
Bahasa meme berterabur la klo translate..
Lagi senang cam ne. Sebelum ni guna google translate secara manual je.