20Oct

Google Terus Menambah Baik GMail – Memperkenalkan Beberapa Perubahan Antaramuka

Google

Google sering melakukan pelbagai perubahan pada perkhidmatan emel berasaskan web mereka, dan kini melalui sebuah video, Google memperlihatkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan kepada para pengguna GMail tidak lama lagi.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana ia mengubah beberapa paparan tema yang baru diperkenalkan pada GMail. Salah satu perubahan besar adalah dimana rekabentuknya menggunakan rekabentuk responsif, dimana ianya berubah mengikut saiz tetingkap pada komputer pengguna.

Selain daripada itu, bar kawalan juga kelihatan menggunakan ikon sepenuhnya, menggantikan penggunaan teks pada masa sekarang ini. Antaramuka untuk senarai perbincangan juga diberikan nafas baru, serta beberapa perubahan kecil pada kaedah paparan senarai hubungan, dimana gambar profil turut sama diperlihatkan.

Ia masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan perubahan ini pada GMail, tetapi dengan adanya video ini, mungkin kita boleh nantikannya tidak lama lagi.

Terima kasih Azree


Cloud Picker Memudahkan Transisi Ke Perkomputeran Awan
Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?
Semua Google Profiles Akan Ditetap Sebagai Umum Pada 31 Julai
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 27 Oktober
Google Memperlihatkan Pautan Google Play Pada Bar Navigasi Utama

15 Komen

  1. archiq pada 20 Oct 2011

    This video is private.

  2. arpem pada 20 Oct 2011

    lor prebet ler…

  3. azrijohan pada 20 Oct 2011

    takleh tengok video tu

  4. ali mamak pada 21 Oct 2011

    prebet la plak videonye.. cmne nak tgk

  5. puanbee pada 21 Oct 2011

    uit bila , tengok gmail saya masih lama ..

  6. wazy pada 21 Oct 2011

    Perubahan ni secara berperingkat rasanya,semakin seronok menggunakan gmail dari google

  7. MaKR pada 21 Oct 2011

    Wah2, semua style dia sama, dari google, google+, blogger smp ke gmail. Mudah nak faham. :)

  8. Pacifista pada 21 Oct 2011

    uih…pening aku dibuatnya…

  9. jimmy pada 21 Oct 2011

    semua produk google dah sync antaramukanya..

  10. Haziq pada 21 Oct 2011

    cool,

  11. Jibam pada 21 Oct 2011

    Patut laa aku ada problem tadi nak attached file… tengah buat perubahan rupanya.

  12. shaharil pada 21 Oct 2011

    interface baru gmail ni sama dengan interface blogger yang baru. Barangkali para pengguna rasa agak jangkal dengannya.

  13. khairul pada 21 Oct 2011

    gmail better than yahoo mail

    • nas pada 21 Oct 2011

      +9999

  14. yapompiow pada 21 Oct 2011

    Gmail terbaik! kemas


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader