29Oct

Google TV 2.0 Membawakan Kemaskini Antaramuka Dan Sokongan Android Market

Google

Salah satu produk Google yang kurang popular di rantau ini adalah GoogleTV, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan dan dipopularkan di Malaysia. Namun begitu, pembangunannya kelihatan amat menarik sekali, dimana hari ini Google secara rasminya telah pun memperkenalkan Google TV 2.0 yang mana membawakan kemaskini drastik kepada platform televisyen mereka.

Melalui kemaskini yang bakal mula diperkenalkan kepada pengguna sedia ada GoogleTV, ia akan membawakan beberapa perkara baru, dan yang paling utamanya, adalah perubahan dari segi antaramuka untuk Google TV. Kini, Google TV membawakan rekabentuk yang lebih kemas berbanding yang sebelum ini, menjadikannya mudah untuk digunakan.

Pada masa yang sama, kini Google TV turut sama membawakan sokongan aplikasi padanya, serta memperkenalkan Android Market melalui Google TV. Android Market padanya juga turut dioptimasikan khas, dan hanya memperlihatkan apakah yang disokong melalui GoogleTV sahaja. Pada masa yang sama, ia juga membawakan lebih kandungan padanya, membolehkan anda menonton rancangan yang diminati anda dengan mudah dan senang.

Jadi, bolehkah platform Google TV ini akan mula mendapat perhatian ramai pengguna selepas ini, atau akan kekal tidak popular seperti sebelum ini? Dan bilakah ianya akan tiba ke Malaysia?


Menarik Sepanjang 2008
Chrome 2.0.172.2 Menyelesaikan Masalah Klik-Kanan
Goo.gl Kini Dibuka Kepada Semua Pengguna
Google Chrome 14 Dilancarkan - Membawakan Sokongan Native Client
Infografik : Android - 10 Billion Aplikasi Dimuat-Turun

8 Komen

  1. Ahmad Fuad Adzmi pada 29 Oct 2011

    bile la nak masuk malaysia

  2. zerous pada 29 Oct 2011

    ni free ker kene bayar…

  3. 2uk3y pada 29 Oct 2011

    nie leh jd pesaing astro nie hahaha…

  4. ramlan pada 29 Oct 2011

    macam boxee.

  5. ejam pada 29 Oct 2011

    google malaysia patut ambil inisiatif utk bawa masuk dan promosikan di pasaran tempatan, pemilik unifi mmg patut subscribe googleTV ni…

  6. imran pada 29 Oct 2011

    bagus2..

  7. lanzz pada 29 Oct 2011

    menarik!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader