Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu tablet yang menarik di pasaran adalah daripada Research In Motion, iaitu BlackBerry PlayBook. Dengan ramai yang menantikan kemaskini BBX 2.0 yang bakal membawakan sokongan aplikasi Android bersama dengannya, kini harga jualan tempatan untuk tablet tersebut telah pun dikemaskini semula, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga serendah RM1133.
Terkini, harga jualan BlackBerry PlayBook adalah pada harga RM1133 untuk 16GB, RM1433 untuk 32GB, dan juga RM1733 untuk 64GB. Ia juga memperlihatkan yang mana kini lebih ramai boleh mendapatkannya pada harga yang murah, berbanding sebelum ini dimana harga jualan untuk 16GB adalah RM1599, 32GB pada RM1899 dan juga 64GB pada harga R2199.
Buat masa ini, syarikat telekomunikasi tempatan masih lagi belum mengemaskini harga jualannya, dan mungkin akan dilakukan tidak lama lagi.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Murah dah ni..tapi apps ok ke?
As an BlackBerry and PlayBook user, This is quite good tablet. but if u want more apps, better go for android tablet @ Ipad. But if u ar BB User, for sure you will like this tablet. because u don’t need to subscribe extra line (for internet), Just using the BlackBerry Bridge Application, you Playbook is connected to Internet without any extra charge, except you are using tethering.
. But, please make sure that u subscribe the BIS for BlackBerry la.. hehehe :p
oh kiranya playbook boleh online dengan menggunakan BIS dari blackberry lah ye?
macam ipad boleh online menggunakan internet yang ade pada iphone 4?
Fuuhh. kalo camtu. mmg nak beli lah playbook ni. so, kena pakai BIS yg harga rm90 sebulan lah ye? baru puas hati?
bukan playbook akan dapat guna android punya apps ke nanti?.. hehe
kalau bagi aku just untuk facebook, twitter, update blog, boleh surf internet, dan boleh buat presentation pun dah cukup untuk aku. aku dah macam berminat dengan playbook ni. >.<
harga pun xdelah mahal sangat
Tunggu tahun depan je.. sebab mana nak tau tahun depan ada yang baru…. kan la ni guna android ice cream sandwich… >_<
PlayBook guna platform mereka sndiri. BlackBerry Tablet OS guna platform QNX. Skg diorg rename jd BBX.
Wow harga dia terliur tu. Hardware pun ngam, grafik dia sedap sket berbanding Tegra 2.
OS dia serius best. Umpama HP Palm punya (discontinued) TouchPad tapi dengan performance yg lebih ngam. Orang yg ada BB memang wajib beli.
Aku masih tunggu Asus Transformer Prime.
Ni aku rasa utk clear stok… PlayBook 2.0 akan keluar tahun depan..
aku baru jer beli galaxy tab harga lebih kurang sama ja ngan playbook ni, kalau aku tau aku amik plabook nih