04Oct

Microsoft Malaysia Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Hotmail

Microsoft

Seperti semua sedia maklum, ia sudah lebih 15 tahun sejak Hotmail diperkenalkan, dimana kini Hotmail mempunyai lebih daripada 360 juta pengguna diseluruh dunia. Sejak diperkenalkan pada tahun 1996 yang lepas, Hotmail telah melalui pelbagai perubahan daripada penjenamaan mereka, dan hari ini ia merupakan salah satu jenama terkemuka dunia, dan turut menjadi emel berasaskan web yang terkemuka di dunia.

Kini, lebih 5 billion emel dihantar setiap hari melalui Hotmail, iaitu salah satu angka yang amat besar sekali, dan lebih daripada 350 juta dokumen dikongsikan melalui Hotmail setiap bulan. Dari segi imej pula, lebih 6.5 juta gambar dihantar melalui emel Hotmail sebulan.

Selain daripada menjadi penyedia emel terkemuka dunia, Hotmail turut sama antara yang terawal memperkenalkan beberapa inovasi, termasuk sokongan semakan antivirus pada fail yang dihantarkan bersama-sama dengan emel, sokongan kalendar pada inbox, sokongan semakan ejaan, carian inbox, dan banyak lagi.

Hotmail juga kini mula memberikan nafas baru pada perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan pelbagai perkara baru, berbanding perkhidmatan mereka beberapa tahun yang lepas. Bersama-sama dengan sambutan ulang-tahun ke-15 Hotmail, Microsoft Malaysia turut sama mengumumkan beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan Hotmail versi baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.


Microsoft : Windows 7 Pada Krismas 2009
Windows 7 Pada Bulan Oktober 2009?
Hotmail Memperkenalkan Fungsi Alias
Windows Phone Kini Mempunyai Lebih Daripada 50,000 Aplikasi
Windows 8 Disasarkan Pelancarannya Pada Oktober 2012

3 Komen

  1. Ahmad Wan pada 04 Oct 2011

    bila cakap pasal ulang tahun teringat pulak wau mail. ntah wujud ke tak la lagi..

  2. Mayang Abadi pada 04 Oct 2011

    asal usul hotmail ni dari mana? mmg product dari Microsoft ka…

  3. charlie pada 04 Oct 2011

    hotmail bukan originally microsoft’s product, they bought it from duo who actually works with apple nak tau lebih lanjut sila wiki ;)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader