28Oct

HP Akan Menyimpan Bahagian PC Mereka – Ultrabook Dan Tablet Windows 8 Akan Datang

Lain-lain

Setelah mengumumkan ingin menamatkan bahagian PC pada HP sebelum ini, kini setelah menerima pelbagai kritikan dan pandangan pelbagai pihak, HP telah menimbangkan semula perkara tersebut, dan hari ini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan bahagian PC pada HP, dan tidak akan mematikannya seperti mana diumumkan mereka sebelum ini.

Walaubagaimanapun, masa depan webOS masih lagi buat masa ini.

Selain daripada itu, HP juga dijangka akan mengumumkan beberapa produk baru daripada mereka tidak lama lagi. Salah satunya adalah ultrabook, yang mana akan membawakan rekabentuk amat nipis, ringan dan juga bateri tahan lama. Buat masa ini, hanya Acer sahaja yang telah mengumumkan ultrabook mereka di pasaran Malaysia.

Berkenaan dengan tablet pula, ia diperkatakan yang mana HP akan menyertai arena tablet dengan sistem operasi Windows 8 kelak, yang mana sekaligus memperlihatkan masa depan webOS yang masih tidak diketahui apakah yang akan terjadi padanya.


Twitter Menguji Rekabentuk Halaman Utama Yang Baru
Lebih Banyak Aplikasi Berbentuk Permainan Akan Hadir Dari Terato Tech
Triberr Dijenamakan Semula - Tiada Lagi Tweet Secara Automatik
Antaramuka Timeline Diperkenalkan Untuk Facebook Pages
A Year In The Like - Lihat Kemaskini Popular Di Facebook Sepanjang Tahun

5 Komen

  1. ekspresiruang pada 28 Oct 2011

    pc dh mkin kurang dpt sambutan.

  2. vostro pada 28 Oct 2011

    “Walaubagaimanapun, masa depan webOS masih lagi buat masa ini.”

    ???

  3. oDiN pada 29 Oct 2011

    “Walaubagaimanapun, masa depan webOS masih lagi TIDAK DIKETAHUI buat masa ini.”

    • Firdaus pada 29 Oct 2011

      Amanz tak berani nak tulis tu.. Dia leave blank sampai lupa nak sambung.

  4. Siri pada 29 Oct 2011

    Tablet semakin popular selepas pengeluaran iPad. ngehehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader