Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan peranti dengan sokongan Beats yang pertama tempoh hari, iaitu HTC Sensation XE, kini syarikat pengeluar peranti pintar Taiwan itu terus memperluaskan keluarga Sensation, dimana hari ini mereka memperkenalkan telefon pintar kedua dengan sokongan Beats, yang dikenali sebagai HTC Sensation XL.

Melalui HTC Sensation XL, ia membawakan skrin yang amat luas, iaitu 4.7-inci, serta didatangkan dengan cip pemprosesan 1.5GHz, 768MB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera 1.3-megapixel di hadapan, serta menggunakan Android Gingerbread bersama-sama dengan antaramuka HTC Sense 3.5.

Sama seperti Sensation XE, Sensation XL ini turut sama memfokuskan pada kualiti audio dengan integrasi sokongan Beats, selain pada masa yang sama menyediakan skrin yang luas untuk para pengguna menikmati video dan lagu melaluinya.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan memasuki pasaran Asia Pasifik menjelang penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd