Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang paling dibenci ramai adalah masalah lalulintas. Namun, dengan usaha komuniti seperti #KLTraffic dan juga laporan trafik semasa di lebuhraya terus daripada PLUS, perkara ini dipermudahkan serba-sebanyak. Tetapi bagaimana pula dengan kawasan lain? Untuk menyelesaikannya, kini para pengguna boleh menggunakan iJalan yang dibangunkan oleh bekas pembangun laman sosial terkemuka, Kawanster.
Melalui iJalan, ia membolehkan para penggunanya menolong antara satu sama lain dalam melaporkan keadaan trafik, kemalangan, kerosakkan jalan, dan juga roadblock oleh Polis dengan mudah dan senang. Memandangkan ianya menarik data geolokasi sepenuhnya, maka para pengguna tidak diperlukan memasukkan data berkenaan lokasi satu per satu.
Malah setiap data dilaporkan dalam bentuk tanpa nama (anonymous) menjadikan segala data yang dikongsikan selamat dan bebas daripada isu privasi. Tetapi kami masih tidak mengetahui mengapakah ia memerlukan pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Pada masa yang sama, iJalan juga dioptimasikan sepenuhnya untuk para pengguna peranti mudah-alih, dimana anda boleh membukanya menggunakan peranti mudah-alih, dan mula mengikuti pelbagai perkembangan dan laporan trafik semasa dengan mudah.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
amat membantu, tapi pe tujuan login via FB. untuk stats ke.?
~aku harap nama imakan belum digunakan.
EddyGeek, ada idea untuk iMakan ke? Share with me? @iwani on Twitter
just a plain idea, nothing to talk about
emm nampaknya nama imakan pun bakal diambil. good luck with that
wahhh imakan pun akan wujud sekali erk
memang mudah kan, kalu kita dapat pantau trafik sebelum memulakan perjalanan.
Adakah ini produk yang dipreviewkan masa hackweekend hari tu?
Bukan. Tue yang lain.
Idea yg bagus tapi basic sangat. patut buat la mcm waze.
Kalau ada apps utk berapa lama komuter delay, kan lagi best.. haha
Oh yes pleaseeeeeee! Install detection unit kat setiap KTM n then bila kite tekan LOCATE KTM ID100… (ID no ni kene display kat display board KTM tu)… detect coordinate ID100 and terus calculate brapa lama lagi nak sampai kat coordinate kite
Tak susah ke nak mintak data dari pihak KTM? Takut banyak songeh je kang.
Rasanya tak perlu minta data pun dari KTM. Just guna komuniti dan tahu aliran tren tu…
Buat camni pun dah okey rasanya. http://nyc.subwayalerts.com/delays/
Tapi tak mobile lah
mmg sgt membantu!
berguna nih..tq2!
ok la tu..lg best ader maps…