Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini genap 10 tahun sejak Windows XP dilancarkan kepada umum, dimana sistem operasi daripada Microsoft ini masih kekal dihati para pengguna sebagai sistem operasi terbaik sepanjang zaman. Sejak daripada Windows XP diperkenalkan pada 10 tahun yang lepas, pelbagai perubahan telah berlaku, bukan sahaja daripada dunia teknologi tetapi turut melibatkan dunia global secara amnya.
Sejak daripada itu, Microsoft telah mengeluarkan beberapa kemaskini sistem operasi mereka, dimana paling terkini adalah Windows 7, selain sedang menguji Windows 8 Dev-Preview yang mana membawakan perubahan antaramuka desktop berbanding versi-versi sebelumnya. Windows 8 dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan masih belum ada tarikh rasmi mengenainya buat masa ini.

10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
old hen make a good broth.
Nostalgio siot.. tapi masih ramai yg guna..
os pling mmberi impak kpd dunia..
OS terbaik
evolusi teknologi
Desktop kat rumah aku still guna windows XP. HAHA
aku pkai dlm vmware jerk. huhu
Walaupun windows 7 dah 2 tahun dilancarkan namun kini ada yg masih lagi menggunakan windows xp sebagai kegunaan kerja seharian…
Aku masih guna XP lagi… tak tau la bila nak upgrade
xp yang dikenang~