05Oct

iOS 5 Bakal Diperkenalkan Kepada Semua Bermula 12 Oktober

Apple

Setelah memperlihatkan sistem operasi iOS 5 pada bulan Julai yang lepas, hari ini Apple secara rasminya telah pun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk iOS 5 kepada semua pengguna sedia ada, dimana ia akan mula diperkenalkan bermula 12 Oktober ini kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui iOS 5, Apple membawakan pelbagai penambahan pada platform operasi popular mereka itu, termasuk sokongan notifikasi yang lebih menarik, pengenalan fungsi Newsstand, perkhidmatan permesejan – iMessage, integrasi Twitter secara lebih mendalam lagi. Pada masa yang sama, aplikasi kamera juga ditambah baik, membolehkan anda kini menangkap gambar dengan mudah terus melalui butang kawalan bunyi.

Selain daripada pengumuman iOS 5, Apple turut sama memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Apple iPhone 4S, serta fungsi baru yang dipanggil Siri. Kami di Amanz akan membuat ulasan ringkas iOS 5 sebaik sahaja ia diperkenalkan kepada semua bermula minggu hadapan.


Pra-Tempah iPhone DiGi Sebelum 18 Mac
iPhone 5 Akan Mulakan Pengeluaran Pada Julai, Jual Bermula September?
Aplikasi Harian Metro Dan NST Menyokong Perkongsian Ke Laman Sosial
iOS Dan Mac OS X Mungkin Disatukan Seawal 2012?
Apple Memperkenalkan Aplikasi Cards Dan Find My Friends

6 Komen

  1. 1kampus.com pada 05 Oct 2011

    menarik! ios 5 mmg betul2 membuatkan semua orang tertawan dan tergoda. lagi2 fungsi yang diberi nafas baru ;)

  2. yapompiow pada 05 Oct 2011

    iOS 5 <3

  3. Roslan pada 05 Oct 2011

    tunggu dan lihat depan mata..huhu

  4. firdee pada 05 Oct 2011

    wah…bape hari je lagi ^^

  5. rhanif pada 05 Oct 2011

    X sabar nak update!

  6. zerous pada 05 Oct 2011

    3310 aku boley ke update ni nanti… ari2 check mesej notifikasi beb… hahahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader