Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah pelancaran iPhone 4S di Malaysia. Kini, MalaysianWireless melaporkan melalui sumber-sumber mereka, dikatakan Malaysia akan menerima iPhone 4S sekitar 18 atau 25 November. Sama seperti sebelum ini, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi Malaysia akan menawarkannya.

Walaubagaimanapun, harga jualan peranti tersebut di Malaysia masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, dan masih menjadi tanda tanya. Buat masa ini, beberapa penjual bebas telah pun mula menguruskan pembawaan masuk peranti iPhone 4S daripada luar negara untuk dijual di Malaysia, selain daripada negara terdekat, Singapura akan melancarkan iPhone 4S pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd