17Oct

iPhone 4S Terjual Lebih 4 Juta Unit – iOS 5 Dimuat-Turun Lebih 25 Juta Kali

Apple

Belum pun memasuki pasaran Malaysia lagi, Apple telah pun mengumumkan iPhone 4S telah pun terjual lebih daripada 4 juta unit dalam tempoh hanya tiga hari sejak dimulakan jualannya pada 14 Oktober yang lepas. Tambahan lagi, Apple turut melaporkan  lebih daripada 25 juta pengguna peranti iOS telah pun mengemaskini kepada iOS 5 sejak dilancarkan lima hari yang lepas.

Pada masa yang sama, Apple turut mengeluarkan data lebih daripada 20 juta pengguna telah pun mendaftar akaun untuk perkhidmatan awam mereka, iaitu iCloud.

Buat masa ini, iPhone 4S hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja, dan ia bakal diperkenalkan di lebih 22 negara menjelang 28 Oktober ini, termasuk di Singapura. Para pengguna Malaysia perlu menunggu sedikit lama, dimana ia diperkatakan pengguna Malaysia akan menerimanya seawal bulan November kelak, dan Apple sendiri menjanjikan yang mana lebih 70 negara akan menerima iPhone 4S sebelum penghujung tahun ini.

Melalui iPhone 4S, ia membawakan rekabentuk menyerupai iPhone 4 dengan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras A5 yang membawakan prestasi dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, serta kamera yang dinaik-taraf dengan sokongan rakaman video HD dalam format 1080p. iPhone 4S turut sama menyertakan sokongan Siri, salah satu bantuan pintar yang disertakan khas pada iPhone 4S.


FaceTime Untuk Mac Mencapai Versi Stabil, Berharga $0.99
Gartner : Android Mendahului Perlumbaan Telefon Pintar
iCloud Tidak Akan Menyokong Pengguna Windows XP
Mac OS X Lion Didatangkan Dengan Pilihan Boot Ke Safari
Photoshop Touch Untuk iPad 2 Bakal Dilancarkan Pada Hari Isnin Ini

10 Komen

  1. Denaihati pada 17 Oct 2011

    Memang menarik ni.

  2. amirzaim pada 17 Oct 2011

    memang gempak, pakai arahan suara terus, tak payah main tekan butang, buat penat jari-jemari nih…

  3. ekspresiruang pada 17 Oct 2011

    buat duit btol. kaya2…

  4. sinach pada 18 Oct 2011

    i donno lah.rasenya apple bagi la pape kat market, mesti kompom org beli punya.asal ade nama apple kat blakang dia.power of marketing

    • Zahari pada 18 Oct 2011

      Hehe. Tak habih2 dgn power of marketing. Kalau marketing power, device tak power, orang tak beli jugak. Kalau tengok marketing kat Malaysia ni, rasanya company yang jual bukan iPad tu yg plg kecoh, tapi alih2 orang beli iPad jugak.

      Sebab best guna la orang keep beli dan beli. Kalau setakat spec hardware je nampak cam terbaik tapi touch UI terhangguk tersengguk macam brand angkasa lepas tu, ish… tak berkenan la makjah nak oii. hehe

      • John pada 19 Oct 2011

        smell like ifag.. haha

        • aku yg kacak pada 21 Oct 2011

          sakit hati ke? hahaha… betul la.. spec tinggi, tp x user friendly.. 1 company ada byk tablet..kenapa? sbb 1 je x cukup nak bg kaya.. Apple 1 je, iPad2. dah. xpayah byk2, menyemak je..wkwkwkwkwkw

  5. Riyadh™ pada 18 Oct 2011

    Apple ni memang dah ke depan sngat…bleh beli satu ni….duit oh duit…

  6. khairul pada 18 Oct 2011

    inovasi apple hebat


Trackbacks/Pingbacks

  1. Top 10 Outgoing Links September 2011

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader