Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, dengan pengenalan Siri pada iPhone 4S, kini pembangun untuk platform lain mula membangunkan aplikasi seumpamanya untuk platform lain. Untuk Android, seperti semua sedia maklum, mempunyai aplikasi SpeakToIt yang membawakan fungsi lebih kurang sama, dan menariknya, kini sebuah lagi aplikasi dengan fungsi lebih kurang sama Siri diperkenalkan untuk platform Android, dipanggil Iris.
Menariknya mengenai Iris ini adalah dimana ia dibangunkan dalam masa kurang 8 jam ketika satu hackathon. Memandangkan ianya masih lagi baru, sokongan jawapan untuk persoalan yang dibawakan oleh Iris masih lagi terbatas dan tidak menyeluruh seperti aplikasi Siri pada iPhone 4S.
Melalui Iris, para pengguna boleh bertanya pelbagai soalan asas berkaitan seni, sejarah, sains, matematik dan sebagainya. Buat masa ini, aplikasi Iris masih lagi pada peringkat pembangunan, dan akan diperkenalkan pada Android Market tidak lama lagi. Namun bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun fail APK untuk Iris, dan mula mengujinya hari ini.
Terima kasih kepada Hadi.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
gila otai,kurang 8 jam..
Iris dieja terbalik ialah Siri
Memang nampak sgt Android VS iOS
LOL. Haha. Notice it too~
iris = siri terbalik. clever.
dah macam budak2 la apple ngan android ni..
it’s a war. haha
hehe, biar depa gaduh. kita end user ni yg untung nanti. hehe. jgn jd fanboy yg over sudahlah
+1
betul… betul.. betul
mohon iFags tak butthurt..
+1
try tanya – WHO are you …
reply dia agak kelakar
memang pun lawan siri. tengok package dia pun tulis “com.dexetra.sirikiller”
- siri killer tu…
..terbaik! ..lepas ni kalau ade update dr google msti mantap gv dia ..tgu je esk ..ice cream sandwich!
huwahahaha!yeayy ade iris!seronoknyeeee~~
yeayy xjeles dgn iphone dh..
buat la aper pun teknologi, jap pas tu mesti akan ader yang sama join, pas tu berkembang …barulah berinovasi…hahaha aper kau merapek ni..hauhuahua… so x yah la nk kerek kalu ader teknologi baru, kejap je pas tu jadi teknologi lama…