29Oct

JoliCloud Bakal Menjadi Perantara Anda Dengan Dunia Perkomputeran Awan

Perisian, Sumber Terbuka

Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, Jolicloud telah menjadi yang terawal mengintegrasikan sokongan perkomputeran awan melalui sistem operasi mereka. Dan kini, JoliCloud bakal memperkenalkan kemaskini kepada sistem operasi berasaskan Linux mereka itu, yang mana akan membawakan perubahan drastik kepada platform mereka, dimana turut akan membolehkan anda mengakses melalui pelbagai peranti mudah-alih anda.

Seperti sedia maklum, Joli OS ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna, dimana melaluinya, ia membolehkan anda mengintegrasikan perkhidmatan storan maya seperti Google Docs, Dropbox dan lain-lain, selain pada masa yang sama mengintegrasikan pelbagai aplikasi web terus ke desktop anda.

Kini, Jolicloud seperti mahu mengubah platform mereka, menjadikan ia sebagai perantara kepada anda dengan perkomputeran-awan, dimana kelak mereka akan memperkenalkan aplikasi iPhone, dan juga Android, membolehkan anda mengakses dengan mudah pelbagai fail anda, samada di Dropbox, Flickr, Facebook, dan sebagainya dengan mudah.

Buat masa ini, mereka masih lagi sedang membangunkannya, dan bakal memperkenalkannya dalam bentuk ujian kepada para pengguna dalam bentuk beta tertutup terlebih dahulu. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan minat anda, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum yang lain.


Google Pack Kini Menyertakan Antivirus Avast
Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses
Mozilla Memperkenalkan Kebolehan Bertukar Saluran Pembangun
Nokia Malaysia Memperkenalkan Symbian Anna Untuk Semua Kecuali N8
Mitini Membawakan Fungsi Seumpama Siri Kepada Para Pengguna Desktop Windows

3 Komen

  1. Syukri Lajin pada 29 Oct 2011

    tapi kan.. kalau limit bulanan line internet 3GB. apa fungsi?

  2. faka pada 30 Oct 2011

    naiss sangat!

  3. Farid pada 30 Oct 2011

    Nanti bakal dicuba


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader