Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah diura-ura akan mengenai kemaskini keluarga MacBook Pro akhir-akhir ini, hari ini Apple telah pun secara rasminya mengemaskini keluarga MacBook Pro mereka, dimana kini ia bermula daripada model 13-inci dengan cip pemprosesan selaju 2.4GHz, dan juga ruangan storan 500GB pada harga bermula RM3699.

Kemaskini yang dilakukan lebih kepada kemaskini CPU, ruangan storan dan juga GPU, dengan harga seperti biasa dikekalkan dengan harga asal, tanpa sebarang perubahan. Model MacBook Pro dengan spesifikasi yang paling tinggi adalah model 17-inci dengan cip pemprosesan empat-teras 2.4GHz dan juga ruangan storan 750GB pada harga RM7699.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman Apple Store Malaysia untuk melihat kemaskini baru yang dibawakan oleh Apple.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
looking 4ward to having pro ;p
lau untuk student kurang rm300 je.. jadik rm3399.. hahaha..
nice info … tq
yg 17 inch tu,bek angkat alienware je buat dualboot dengan MACOSX
Bertambah menggiurkan bila tengok spec baru ni, tapi bila tengok harga, masih jauh perjalanan…
waaaaa.. i want it
macbook xdpt angkat lg.. nk angkat ip4s
kalo la macbook ni bleh wt main game kan best…blh la angkat 1
MBP aku leh je main Left For Dead 2
kejadah btol..br je bli mbp..
tetiba update br plak..
sabar..sabar.. aku paham perasaan anda…
bilal la nak beli ni =.=
huhuhu. sungguh ketinggalan MacBook Pro 2010 aku.