07Oct

Kini, Pengguna BlackBerry Boleh Memuat-Turun Aplikasi Kik

Perisian

Salah satu aplikasi permesejan yang menarik selain daripada Whats App adalah Kik, yang mana turut menawarkan sokongan pelbagai platform. Namun begitu, sebelum ini, aplikasi tersebut telah dihalang oleh pihak BlackBerry. Menariknya, kini pihak pembangunnya telah memperkenalkan alternatif, dengan membolehkan para pengguna BlackBerry boleh menggunakannya dengan mudah.

Kik secara ringkasnya, membawakan sokongan permesejan lebih kurang sama dengan BBM milik pihak RIM sendiri. Sehingga kini, sebab utama aplikasi ini dihalang masih tidak diketahui, memandangkan aplikasi seumpamanya, iaitu Whats App masih lagi boleh didapati melalui BlackBerry App World.

Bagi para pengguna BlackBerry yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Kik ini dalam bentuk J2ME yang disediakan sendiri oleh pihak Kik, dan mula menggunakannya dan bersembang bersama rakan-rakan mereka pada platform lain. Ia masih tidak diketahui samada adakah Kik akan diperkenalkan pada BlackBerry App World ataupun tidak.


Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan
Aplikasi FlightLover Untuk Malaysia Dilancarkan
Adobe Melancarkan Aplikasi Rasmi PDF Untuk Pengguna iOS
Yes Life Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Android Market
Ingin Mengetahui Harga Jual-Beli Emas Semasa? Kini Ada Aplikasi Untuknya

2 Komen

  1. Meleis FTW pada 08 Oct 2011

    lorrr…igtkan versi native

  2. Dhiya Faris pada 11 Oct 2011

    whoaa..boleh try ni.
    :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader