Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, sedikit demi sedikit, setelah melalui pelbagai proses pembangunan, kini aplikasi Siri telah pun berfungsi sepenuhnya pada peranti iPhone 4, membolehkan para pengguna iPhone 4 sedia ada seluruh dunia menggunakan Siri dengan mudah melaluinya. Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ia memerlukan para pengguna untuk jalibreak peranti mereka terlebih dahulu.
Melalui sebuah video khas yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Siri pada iPhone 4 berfungsi tanpa sebarang masalah, dan sama pantas dengan yang terdapat pada iPhone 4S. Pada masa yang sama, ia juga sedang dioptimasikan untuk iPod Touch, dimana salah satu masalah yang dihadapi pada iPod Touch adalah dimana kedudukan speaker yang berbeza, membuatkan input suara mempunyai sedikit masalah.
Bagi mereka yang berminat, dan sanggup mengambil risiko, anda mungkin boleh mengikuti sebuah tutorial ringkas yang disediakan, dan memasang Siri pada iPhone 4 anda hari ini.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
“…sama pantas dengan yang terdapat pada iPhone 4″
4 ke 4S?
aiyak. silap. dah dibetulkan. thanks.
Untunglah guna iphone4 ! HAHA
bila la org nk pakai siri ni. xsabar nk tgk kehebatan yg hangat diperkatakan ni. takut indah khabar dr rupa je
worthless app
+1
butthurt
prison break kalu.. jailbreak asyik masyuk jail jer bile ade firmware update..lol
..siri ..mula2 layan laa ..lama2 jd mcm apps biasa je ..kita tgk iphone 5 lak..
bila unthethred mau kuar ni =.=
Kat iPad pun Siri sudah boleh guna ke?
makin x banyak beza iPhone 4s dengan iPhone 4… huhu…
takot nk jailbreak…
Takde guna ada iPhone kalau tak jailbreak bro. 5 minutes hacking je.
sentiasa ada button restore, so tak perlu takut sangat.
woot!
Siri tak paham manglish..susah gak ekk
da buat da ni,, dpt gui die je,, dorang xnak releas public lagi siri for iphone 4,, maybe xkan release atas sebab tertentu,,