16Oct

Kini Anda Boleh Menguji Ubuntu 11.10 Terus Melalui Pelayar Web HTML5

Linux, Sumber Terbuka

Jikalau sebelum ini anda hanya boleh sekadar menguji sistem operasi Ubuntu melalui LiveCD, kini pihak pembangun Ubuntu melangkah setapak kehadapan, dengan menyediakan demo dalam bentuk HTML5, membolehkan anda mengaksesnya terus melalui pelayar web anda, sebelum mula memuat-turunnya ke desktop anda.

Melalui demo berasaskan pelayar web ini, para pengguna boleh melakukan dan melihat beberapa perkara ringkas melaluinya, dan mendapatkan idea awal bagaimana sistem operasi Ubuntu ini kelihatan dan menguji beberapa aplikasi popular padanya.

Perkara ini disediakan melalui sebuah halaman khas dinamakan Ubuntu Tour. Sebelum ini, halaman ini hanya memperlihatkan beberapa paparan antaramuka dalam bentuk imej sahaja, dan ianya merupakan salah satu perkara yang menarik untuk pihak Ubuntu memperlihatkan sistem operasi mereka dalam bentuk demonstrasi HTML5.

Sebelum ini, pada hari Khamis yang lepas, pembangun Ubuntu telah pun melepaskan versi terkini sistem operasi mereka, iaitu Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot, yang mana membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.


Menarik Sepanjang 2008
Firefox.Next Membawakan Panel Pengurusan Add-On
simpleLinux Melancarkan Kedai Dalam Talian
Mozilla Thunderbird 5.0 Beta Sedia Diuji
Mozilla Pra-Lihat Akan Projek Open Web Apps Dan Mozilla Marketplace

22 Komen

  1. qimax pada 16 Oct 2011

    coool seyh

  2. Anarm pada 16 Oct 2011

    fuhhh.. smart ahh ubuntu..

    • ZaimKasturi RBWatch pada 16 Oct 2011

      Btol tu..mmg smart abis arr…jom pakat2 guna

  3. Finalcross pada 16 Oct 2011

    awesome! aku yg bkn peminat ubuntu pun trase mcm nk gune plak….Damn!

    • mdfaizal pada 16 Oct 2011

      cepat2 la setup. hehe. kalau tak brani cuba dulu guna virtualbox

      • khairul pada 16 Oct 2011

        cm ner nk guna dl virtual box????

      • Fairuz Sulaiman pada 16 Oct 2011

        download VMware player… percuma je

  4. Ikmal pada 16 Oct 2011

    unity *,*”

  5. EddyGeek pada 16 Oct 2011

    napa scroll bar mcm mac =_=

    • abbey pada 16 Oct 2011

      sebab aman pakai mac… kalau pakai windows, scrollbar dia pun windows jugak la..

  6. rajawali pada 16 Oct 2011

    smart n cool..disebabkan aku dh pakai 10.04 maka aku malas nk unsinstall maka lebih bek aku stick dg yg tu je…heheheh…pepun mmg terrbaaiikkk… like +1

    • Bumilangkawi pada 16 Oct 2011

      10.04 ade graphic card yg x support..terpaksa upgrade 11..

  7. terawis pada 16 Oct 2011

    tapi camne la nak wat multi boot ngan win8 nie huhuhu..

    • Bumilangkawi pada 16 Oct 2011

      try install pki wubi la..win8 x leh ker?

    • Syukri Lajin pada 17 Oct 2011

      multiboot ngan windows 8 leh. install grub kat partition la.. jangan dalam mbr.. rasanya.. tapi kena disable windows punya bootloader kalau tak nanti double bootloader.. tak pasti sangat, betul la kut.. huhuhu

  8. wazy pada 16 Oct 2011

    Semakin kemas versi terbaru ni ,tak rugi kalau guna

  9. amer sparrowhawk pada 16 Oct 2011

    web ape lg yg support html5 ni?

  10. lanzz pada 16 Oct 2011

    ubuntu semakin menarik ~

  11. Omar pada 17 Oct 2011

    Naik resource FF aku guna benda ni online…

  12. Omar pada 17 Oct 2011

    Kan bagus kalau dia buat cam Windows Vista Test-Drive tu, boleh try ikut OS yang dipasang dalam server..

  13. faridpenang pada 18 Oct 2011

    memang sempoi. interface dia dah lain. best. nak connect guna broandband pun dah senang.kejap ja setup… terbaik la!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader