READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Kreatiview #5: Nizam Razak

Diterbitkan pada October 15, 2011 oleh

Kreatiview adalah salah satu cabang dari Kreative.my. Melalui slot #Kreatiview ini, kami akan memilih salah seorang individu yang menyumbang dan bekerja pada industri kreatif negara, termasuk pengaturcara, perekabentuk dan sebagainya, dan membuat temuramah ringkas bersama-sama dengan mereka. Setiap hari Rabu, kami akan menyediakan satu tokoh dan individu khas untuk segmen ini. Untuk temuramah terdahulu- 1: Muid Latif, 2: Rames 3: Fuad & Ida, 4: Mimi Stoodle

Untuk minggu ini, mari kita mengenali Nizam Razak dengan lebih lanjut. (Temuramah ini dirakamkan sebelum beliau menerima Anugerah Tokoh Negara bersempena Hari Malaysia)

1. Beritahu sedikit mengenai diri anda dan apa yang anda buat (nyatakan URL portfolio/twitter/FB page/ apa sahaja yang berkaitan pada ruangan ini)

Amat gemar pada animasi dan filem. Bapa kepada 2 anak. Pengurus Besar Animonsta Studios dan juga pengarah siri animasi BoBoiBoy.  Pernah juga bersama Les Copaque dalam penerbitan Upin & Ipin dan Geng Pengembaraan Bermula. Masa kecil dulu suka baca (dan abiskan duit pada) Dragon Ball dan Dewata Raya. Facebook saya facebook.com/nizam.razak tapi saya kurang aktif di internet, cuma di Blizzard battle.net, bermain StarCraft II :D

2. Beritahu kami mengenai portfolio anda yang dibanggakan

Antara portfolio yang saya banggakan ialah Misi Mustahak, iaitu projek animasi tahun akhir di Multimedia university. Dari projek Misi Mustahak, saya dan kawan-kawan mula lagi serius dalam mengejar impian kami untuk menghasilkan filem animasi dan mempunyai studio animasi sendiri.

Misi Mustahak merupakan titik permulaan penglibatan saya dalam bidang animasi secara serius. Walaupun sudah 6 tahun, kami masih menerima sms atau panggilan telefon mengucapkan tahniah atas penghasilan Misi Mustahak.

Maaf ya kualitinya pada masa tu kurang memuaskan lagi. :-s

3. Kongsikan pengalaman anda yang paling menarik didalam industri ini.

Pengalaman paling menarik ialah apabila orang ramai terhibur dengan animasi yang dihasilkan. Terasa penat lelah hilang serta merta apabila orang ramai menghargai dan menyukai animasi kami.

Semasa tayangan filem GENG Pengembaraan Bermula, begitu ramai orang datang untuk menyaksikannya di pawagam sehingga penuh selama 3 minggu. Ianya satu pengalaman yang amat istimewa untuk kesemua yang terlibat dengan filem tersebut. Perasaan yang sama juga apabila mengetahui jutaan peminat melihat siri animasi yang kami hasilkan. Untuk siri animasi BoBoiBoy, kami perlu minta maaf pada penonton apabila mereka marah kerana siaran BoBoiBoy diulang. Walaupun agak risau kena marah tetapi kami juga gembira kerana ianya menunjukkan peminat betul-betul sayang dan suka pada BoBoiBoy.

4. Pendapat anda mengenai industri ini di Malaysia.

Industri kreatif ini semakin berkembang terutama dengan kemunculan bakat-bakat baru. Bukan sahaja animasi, malah pelbagai produk kreatif anak tempatan mula memasuki pasaran. Saya percaya tak lama lagi rakyat Malaysia akan mendapati pelbagai produk kreatif anak tempatan akan menemui mereka.

5. Harapan anda terhadap industri kreatif pada masa akan datang.

Harapan saya ialah untuk industri kreatif Malaysia untuk dikenali diperingkat dunia. InsyaAllah produk-produk kreatif bermutu tinggi dari Malaysia akan mendapat tempat di pentas dunia.

Terdapat 26 komen
  1. Teruskan usaha anda!

    Kami (Saya) mengharapkan animasi mcm ni terus maju dan dapat tandingi animasi dari luar negara..

    p/s: memang puas hati tengok cerita Geng Pengembaraan Bermula di panggung wayang…:)

  2. diorg drpd les copaque kan? tanya lar diorg kenapa diorg blah drpd les copaque…
    barular kontroversi… haha

  3. geng and upin&ipin adelah revolusi animasi tanahair.n nizam ni antara tenaga penggerak nye..mmg respek!mungkin skang ni dia dah xbersama Les Copaque lg tp animasi BoboiBoy pon terbaek juga..xde next project ke? kalo Les copaque ada ‘Pada Zaman Dahulu’, animonsta xde lain punya project ke?

    majulah animasi utk negara

  4. Hasil kerjanya cukup membanggakan sebagai anak Malaysia dalam menyumbang perkembangan animasi & 3D untuk negara. Tahniah kepada beliau! Kami tetap menyokong usaha anda sampai bila-bila…

  5. aku selalu berangan somebody leh wat remake citer usop sontorian. serius aku minat citer katun tuh. animonsta xnak try? citer budak kampung, ckp stail kampung, main mainan kampung. memori!!

  6. abang nizam ni dari aku skolah dulu sampai la sekarang masih lagi hensem. hehehe. :P

    dan misi mustahak memang serius kelakar, tengok banyak kali pun masih boleh gelak lagi. hahahaha. :D

Komen

Nama
Web