Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua sedia maklum dengan pengumuman kenaikkan harga tiket perlawanan bola sepak akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, yang mana telah mendapat tentangan daripada para peminat sukan tanahair. Dan kini, lanjutan daripada itu, protes turut dibawa ke arena internet, dimana salah satu laman milik FAM, iaitu laman Malaysian Super League telah digodam dan ditinggalkan pesanan ringkas untuk yang berkenaan.

Sebahagian Daripada Mesej Yang Ditinggalkan Pengodam
Pada masa yang sama, pengodam turut meninggalkan pesanan mengatakan yang mana serangan besar-besaran akan dilakukan terhadap FAM dan rakan-rakan mereka.
Selain itu, pada penghujung halaman tersebut, pengodam meninggalkan mesej, mengatakan Shout to GaySec, Realsek, KenaHack.com, Rilexcrew dan juga XshimeX.
Masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak FAM berkaitan dengan perkara ini, selain daripada Terengganu yang memberikan diskaun sebanyak 50% unuk tiket perlawanan akhir bagi penyokong pasukan skuad Penyu.
29 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tudia..dah tunjuk dah..
hahaha.. terbaik !
http://www.malaysiansuperleague.com ok je..defaced kot
hahaha tul2 marah diorg… ni tul2 peminat tegar
Taring dah keluar dah wei .. jaga-jaga la .. hehehe
jaga2 la FAM penyokong dah naik amuk…………
emo betul oghe nih. hehehe.
harga cam default? mmg geek nihh..hahhaha
hahaha… nice..
Ayat harga cam default tu..hahaha
gua suka gua suka
biasala. FAM pon kan politik gk. naik harga tiket, kerajaan bantu bg subsidi tiket, pastu rakyat sayang kerajaan.
hehe…. “shout to ~ ~ ~”
sudaa panggil kawan2 untuk jatuhkan korupsi sekalian…
hoho agak kencang maa
http://www.malaysiansuperleague.com/mslfam/
masih ada lagi ^_^…
Peminat komplain kerana RM50? Tu jer? Ape nak marah sangat? Tahu kah dieorang, pembahagian duit tu macam mane? Kenapa pembayaran sedemikian? Kalau team luar negara datang, sanggu pulak berbelanja tinggi
Sekadar komen sahaja, demi renungan sahaja
team luar ranking diorg berapa? ranking team kita berapa?
renung2knlah
yang komen pasal harga tinggi ni semua orang yang pergi tengok team luar main ke? ni orang orang dari kampung nak datang dari jauh bukan semua mampu.. jangan pikir orang orang lingkungan selangor je..
aper nak heran? FAM dari azali lagi B****H!!! boikot la aper lagi, x pyh bli tiket, x pyh g stadium tengok tb sudey… huhuhu
Ambik dia kena sekali
hakhak hack ..1 cara untuk menyampaikan msg yg berkesan
good job….hahaha
hackers pn xpuas hati..bnyk sgt naiknye
Jangan lepas ni diaorang kata kena repair security website pastu naik lagi dah!
aku ade nampak banner dekat jejantas depan uitm s.alam sek 7 dok kutuk FAM
Baik punya banner
hhehehe
bukan skutu rilekscrew ni..sekutu dia newbie3viLc063s + h3x4crew je..
elok ja web tuh aku tengok
Mengamuk tahap cobra ni…