11Oct

Lenovo Malaysia Mengumumkan ThinkPad Tablet – Mula Dijual Sebulan Dua Lagi

Gajet

Lenovo Malaysia hari ini telah pun mengumumkan tablet terbaru mereka selepas IdeaPad, iaitu Lenovo Thinkpad Tablet, yang mana memfokuskan kepada ahli perniagaan dan penggunaan yang lebih memfokuskan kepada penggunaan pejabat. Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualan masih tidak diketahui, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Melalui Thinkpad Tablet ia turut didatangkan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.0 GHz NVIDIA Tegra 2, RAM 1GB, skrin sentuh seluas 10.1-inci, dan juga masa bertahan bateri sehingga 8 jam lamanya.

Pada masa yang sama, ia turut didatangkan bersama-sama dengan sebuah stylus khas sebagai pilihan tambahan untuk memudahkan anda menggunakan tablet tersebut, serta membolehkan anda menyambungkan tablet tersebut pada tetikus tanpa wayar dan juga papan kekunci melalui ruangan USB.

Ia dijangka akan mula dijual di Malaysia sebelum Hari Natal tahun ini, namun harga jualannya masih tidak diketahui sepenuhnya.


Lebih 4 Perantian Akan Di Perkenalkan Yes4G Kelak
iPad 2 Bakal Menggunakan Cipset Qualcomm Dan Membawakan Slot Kad SD?
Nokia Melancarkan Tiga Peranti Symbian Belle Yang Baru
CyanogenMod 7 Diperlihatkan Pada HP TouchPad
Research In Motion Menerima CEO Baru - Adakah BlackBerry Akan Kembali Popular?

7 Komen

  1. Mashi pada 11 Oct 2011

    pergh cepat giler amanz update

  2. deegeeer pada 11 Oct 2011

    khusus untuk ahli perniagaan?mean what?kalau,ipad semua stage sesuai pakai…

  3. hanafi bhari pada 11 Oct 2011

    perghhh . laju ye dpt informasi :)

  4. CMRatu pada 11 Oct 2011

    menarik ni..

  5. kalamku pada 12 Oct 2011

    aku tunggu lenovo ideapad A1 yg beharga usd 199 di us (RM6++) … amanz,,.cuba tanya lenovo malaysia bila tablet tu nak sampai sini..tak sabar nak beli.

  6. zuan pada 12 Oct 2011

    hmm nmpk mcm tebal ckt dr ipad n galaxytab

  7. Syukri Lajin pada 12 Oct 2011

    maybe 1599 kot.. dengar2 khabarnyer la.. XD


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader