10Oct

Malaysia Kini Merupakan Negara Ke-5 Dengan Pengguna Facebook Paling Ramai Di Asia

Web 2.0

Seperti sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial terkemuka didunia, dengan lebih 800 juta pengguna, dan hampir 170 juta dari Asia, dengan 11 juta daripadanya adalah dari Malaysia sendiri. Sejak tahun lepas, pengguna Facebook di Malaysia telah meningkat dengan drastik, namun peningkatannya akhir-akhir ini telah menjadi sedikit perlahan berbanding suku tahun yang lepas.

Secara kasarnya, kini Malaysia merupakan negara yang ke-5 di Asia dengan angka pengguna Facebook melangkaui angka 11.7 juta orang pengguna. Ini memperlihatkan penurunan satu anak tangga, dengan hanya lebih kurang 5% peningkatan sahaja sejak daripada awal bulan Julai yang lepas.

Dengan angka 11.7 juta pengguna di Malaysia, ia turut menjadikan hampir 68% daripada pengguna internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook mereka masing-masing. Ini mungkin salah satu sebab mengapa angka peningkatannya semakin berkurangan, apatah lagi kini mereka mempunyai pelbagai pilihan lain yang menarik, termasuk Google+ yang baru memperkenalkan perkhidmatan mereka.


8 Media Pengiklanan Internet Tempatan
WordPress 2.9 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik
Lowyat.net Memasuki Arena Jual-Beli - Memperkenalkan Kedai Pakaian Atas-Talian
Lelong Menawarkan Laman Aggregator Tawaran Harian - Group Me
Hantar Mesej Yang Dipadam Secara Automatik Selepas Dibaca Melalui Burn Note

21 Komen

  1. topek pada 10 Oct 2011

    waa… ramai betul daripada indonesia…

  2. Izamir Ridzwan pada 10 Oct 2011

    huih pengguna malaysia mengalahkan jepun?? ini bermakna banyak org kita membazir masa di facebook. contohilah jepun, org2 mereka tak suka membazir masa

    • van der Rui pada 10 Oct 2011

      Facebook kurang popular di Jepun sebab mereka dah ada Mixi. Apa pun orang Jepun memang tak suka bazirkan masa… ;-)

      • scromix pada 10 Oct 2011

        +1

    • rajawali pada 10 Oct 2011

      terrrrbbaiikkkkk…itu yang perlu dicontohi oleh masyarakat malaysia…bukan p opis men pesbuk…oh no kurang produktiviti…hahah

  3. Kujie pada 10 Oct 2011

    ada akaun tapi tk aktif

  4. matjoe pada 10 Oct 2011

    haha, kene kira nisbah penduduk jugak. logik la indon byk, rakyat pon byk

  5. EddyGeek pada 10 Oct 2011

    cuba cek rank twitter lak

  6. syuk606 pada 10 Oct 2011

    malaysian suka sgt dgn FB ni..hehe

    • Syahir pada 10 Oct 2011

      Ramai yang ketagih FB

  7. ali mamak pada 10 Oct 2011

    gile la.. bile nak naik ranking

    • ali mamak pada 10 Oct 2011

      apsal la aku x dpt point ni

  8. Haziq pada 10 Oct 2011

    wahhh.

  9. nur pada 10 Oct 2011

    mmg jepun kurang rank drpd malaysia, otak mereka fikirkan yg 5S tuh. dekat rumah pun mereka duk sibuk hal lain.. lgpun mereka ada cara lain nk bersosial.

  10. ekspresiruang pada 10 Oct 2011

    mungkin dah saturated dh kot angka tu. yg lain smo golongan yg xberapa muda yg xjoin tu. huhu

  11. melayubuntu pada 10 Oct 2011

    nak tau kenapa rakyat malaysia suka main facebook?

    sebab website yang paling laju loading guna internet kat malaysia ni facebook je pun..

    yang lain lembab kemain..sambil tunggu website lain loading, dah berpuluh status bleh update kat facebook..

  12. Nisa pada 10 Oct 2011

    Good or bad?Hmmmmm…

  13. Wan pada 10 Oct 2011

    org jepun tak peduli sgt pun pesbok ni

  14. Labu pada 11 Oct 2011

    Orang Jepun bnyk guna Twitter.Tak caya,try check…

  15. ewan pada 12 Oct 2011

    almost half of malaysian main facebook ni kan..not bad facebook…
    btw kenapa angka for malaysia 11,751940…
    i mean, supposedly 11,751,940..tetinggal koma tu kan..huhuhu..
    negara-negara lain ok je..malaysia ni pelik..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader