04Oct

Mari Bantu Wakil Malaysia Memenangi Hadiah Lenovo Sambil Membantu Alam Sekitar

Lain-lain

Dalam usaha untuk mendidik semangat kebajikan dan juga membawakan pengalaman hidup yang lebih baik lagi, Lenovo telah pun menganjurkan sebuah pertandingan peringkat global bertajuk Extraordinary 10-Seconds Hero pada 3 Ogos yang lepas, dan kini ia telah memasuki peringkat akhir, dimana daripada 17 negara yang tersenarai pada peringkat akhir, Malaysia merupakan salah satunya.

Melalui pertandingan tersebut, rakan kita dari Malaysia mencadangkan menanam lebih kurang 365 batang pokok dalam masa setahn, sekaligus yang mana boleh mengurangkan karbon di bumi kita, sekaligus menambah lagi kadar oksigen yang dihasilkan. Dengan lebih banyak barangan bergantung kepada teknologi semasa, kadar karbon yang dihasilkan juga meningkat dari hari ke hari.

Jadi, sama-sama kita membantu beliau memenangi peraduan tersebut, sekaligus membawa hadiah $50,000 dalam bentuk kebajikan ke Malaysia, disamping pada masa yang sama, turut mempromosikan kepentingan alam sekitar kepada rakan-rakan kita.

Anda boleh mengundi idea beliau, dan melihat idea-idea lain yang dipertandingkan melalui halaman rasmi yang disediakan oleh Lenovo.


Sumber Terbuka dan Linux Sepanjang 2008
Khidmat Sewa DVD dan BluRay Secara Online Dari BMG
Dell Mengurangkan Lebih 700 Pekerja Di Pulau Pinang
Menangi Dua Tiket Ke TEDxYouth@KL Pada Hari Sabtu Ini
Apple Menjadi Jenama Pilihan Tablet, Tetapi Bukan Untuk Telefon Pintar Di Malaysia

7 Komen

  1. Kujie pada 04 Oct 2011

    bantuan mcm mana?

    vote ke? like ?

    • Aman pada 04 Oct 2011

      vote melalui Facebook Like

  2. sarraazzam pada 04 Oct 2011

    woo..org johor!semoga berjaya!

  3. topo pada 04 Oct 2011

    like je kan?

  4. wazy pada 05 Oct 2011

    Cayalah,orang dari Johor tu
    dah tolong vote


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader