Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah lama mendiamkan diri, hari ini, GaySec kembali semula dengan pengumuman terbaru mereka, dimana mereka telah pun berjaya mengodam laman web rasmi salah satu gergasi syarikat telekomunikasi, iaitu Maxis. Pada masa yang sama, GaySec turut mengumumkan yang mana mereka turut telah mendapat akses ke pengkalan data Maxis/Hotlink.

Buat masa ini, data apa yang didapati masih kurang difahami. Namun begitu, tidak seperti sebelum ini, kali ini pihak GaySec tidak mengeluarkan sebarang pengkalan data kepada umum, dan hanya mengeluarkan paparan gambar bagi apa yang telah didapati oleh mereka.
Secara kasarnya, ia dilihat yang mana pihak GaySec telah pun dapat mengakses ke semua folder pada pelayan Maxis, dan juga pengkalan data yang berkaitan. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan daripada pihak Maxis berkaitan dengan perkara ini.
43 Komen
Tinggalkan Komen Anda
maxis pn kene hack jgk..
Kamon…
hack data2 peribadi ni yg aku xsetuju ni
Gaysec tu saje je nak kasi team security kat MAxis tu buat kerja sikit.
:3 . memeh
Oyeahhhhhhhhh lepas ni suruh gaysec curi data White House plak…. grrrrr
sekarng ni zaman hacking.
ingatkan masih berehat. tiba2 pula kembali aktif.
lepas tension SPM la ni… lolz
jgn kacau digi yer nnt dia xnak sponsor #OctTwtFest plak…hehe
apa kata hack PTPTN dan hilangkan sume database tu
hehehe
saya sokong…haha
1+
+99999999999
terbaik!!..hehe
Kena ingat data pada server ni selalu di backup. mesti ade salinan lain. kalau delete sekalipon data masih ada pada salinan.
jadi, sape yang belom bayar tu tunaikan tanggungjawab anda
haha…. hutang tetap wajib dibayar…
Kalau dah boleh masukkan file .txt, x mustahil diorang boleh masuk shell php.
nama pun hutang, kat dunia lepas, kat akhirat kena tuntut .. hohohoho
gaysec tak de ke yang pinjam PTPTN .. :p
hahaha..yelah..pastu PTPTN pun wat alasan rekod pembayaran hilang..sape2 dah bayar kate xbayar lg.. hahaha.. PTPTN tu kan ah long..
tak baik mcm tu.hutang wajib di bayar walaupun tidak di tuntut…hehe
Sudah2 le buat keje tak berfaedah ni wei GaySec..
Ingat lagi ape jadi dengan amoi yang kau fitnah mase bulan puasa hari tu?
Aku dah tak respek la dengan script kiddies macam dorang ni..
diorang ni bukan skiddies la..
skiddies kau kata yek..
Aku tak nampak dorang ni macam skiddy, dah macam hacker level 112 pun ada.
tahniah gaysec !
aku sokong gaysec
pasni hack 1malaysia
haha godam la byk2 adeh xbape minat dah tgk
Huu.. Dah kena hack baru tahu lemah ke tak sistem kat malaysia ni.. Kutip public data, tlg la mantapkan sistem..
best…
hack la IMF… hihi..
iskkk sampai ke web maxis plak dah
sayang GaySec x ambil data2, lain kali ambil la no topup bebanyak pas tu sebarla bagi bankrup maxis…hahahaha…..sajer je ni mitos dari aku..
Setakat deface camnie hacker2 Indon caprut pun reti buat.
aku dah mula tak setuju depa hack data peribadi orang.
UNTUNG LA…
apa kata gaysec try hack indonesia punya website pulak. cam syok la pulak kan? hahah…
dorg hack je..bkn nye nk wt ape pn…pandai2la tingkatkan sekuriti server
Sekarang zaman perang siber pulak…
Gaysec nie proffesional,,dorg xkan merosak dgn sesuka hati,,
juz pentest je,,kira okla,,lebih baik buat maxis tue..
erm,harap2 ler celcom xkene mcm ni..kdg2 celcom pun lambab juga line dia walau pn x dihack…nonsense….
Hack Maxis? bagi unlimited volume quota utk broadband leh x?