Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk mempromosikan pelayar web Internet Explorer, kini Microsoft telah pun melancarkan sebuah laman khas dinamakan YourBrowserMatters.org, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna mengetahui tahap keselamatan pelayar web mereka yang mana diperlihatkan dalam angka antara 0 hingga ke 4.

Untuk memperlihatkan sesuatu skor itu, Microsoft menguji menggunakan pelbagai aplikasi pihak ketiga, yang mana mengambil-kira beberapa perkara utama dalam keselamatan pelayar web. Pada masa yang sama, Microsoft mempromosikan para pengguna untuk menggunakan pelayar web terkini, disamping menyediakan sebuah pautan khas untuk memuat-turun pelayar web Internet Explorer 9.
Selain daripada itu, beberapa data menarik yang dikongsikan oleh Microsoft adalah dimana memperkatakan yang mana lebih 340 juta komputer diseluruh dunia adalah berbahaya kerana mempunyai dan menggunakan pelayar web yang tidak dikemaskini.

12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
troll. IE9 – 4/4 . ;D
boleh try ni
IE 9 .4/4…Chrome 2.5/4…erk?
haha.. go die la IE…. LOLOLOL
A..wat .. aku nyer browser … result kuar cam ni –>”We can’t give you a score for your browser…We do not have any data for your browser, so we can’t give your browser a score.”
IE9 score perfect .. 4/4 (tak pernah guna pon kecuali urusan rasmi masuk protal goment)
on score board … IE perfect 4/4 .. GC 2.5/4 n FF 2/4 .. tapi aku punyer browser (laptop FF7 Desktop FF8) tak leh nak bagi score plak …
tak ingin la aku nak pakai ie.. menyampah dgn iklan sampah micro$oft
Aku try masuk guna IE6…haha
ngelat microsoft ni, bila test dia nyer browser jd perfek, browser lain ada jer yg kurang, menipu dlm menyampaikan maklumat nmpknya…
namapak beno nipunye ~
hmm….ni nampak macam taktik bisnes ni…microsoft vs open-source company…yang mana satu jadi taruhan…
fuuyoh
nampak terdesak je M$ ni