16Oct

Microsoft Memperkenalkan Halaman Rasmi Baru Skype

Microsoft

Nampaknya, setelah mengumumkan secara rasminya penyertaan Skype pada Microsoft pada hujung minggu yang lepas, hari ini, Microsoft telah pun memperkenalkan halaman web rasmi Skype dibawah domain Microsoft, yang mana memperlihatkan perubahan sedikit demi sedikit diperkenalkan pada aplikasi panggilan video terkemuka itu.

Sebelum ini, melalui kemaskini Skype yang diperkenalkan minggu lepas, beberapa elemen daripada Google turut sama dibuang, dan hari ini mereka memperkenalkan halaman rasmi Skype yang baru.

Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan Skype yang diintegrasikan secara lebih mendalam bersama-sama beberapa produk mereka, seperti pada Windows Phone dan juga Xbox tidak lama lagi. Skype juga dijangka akan menjana Microsoft Office yang akan membawakan kolaborasi atas talian setahap lebih tinggi lagi, disamping mungkin diintegrasikan bersama-sama Windows Live dan beberapa produk Microsoft yang lain.

Pada masa yang sama, Microsoft juga menjanjikan yang mana Skype akan terus ditawarkan kepada pengguna platform lain seperti pada masa sekarang ini.


Microsoft Memanjangkan Usia Windows XP
Lupakan Build 7022, Kini Build 7032
Windows 8 Membolehkan Storan Fail Pemasangan Di Lokasi Alternatif
Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan
Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?

14 Komen

  1. Abby Shahrin pada 16 Oct 2011

    kalau skype dah join microsoft. skype for facebook camne? kat malaysia tak sampai2 lagi.

  2. azrijohan pada 16 Oct 2011

    oke,makin advanced nampaknya

  3. john pada 16 Oct 2011

    Bkn skype dlm facebook dah ade ke? Microsoft pun ade share dalam facebook.

  4. khairul pada 16 Oct 2011

    skype kalau nk webcam lg bgus dr ym… :D da xde org guna ym…

    • Omar pada 17 Oct 2011

      Ader jer lagi org yang guna YM.. tp kurang la..

    • fadzli pada 17 Oct 2011

      +1

  5. Jyundoo pada 16 Oct 2011

    skype dgn facebook ape status dia ek. ke cuma kolaborasi je.

  6. skybir pada 16 Oct 2011

    skype pun microsoft dah sambar? welcome to hell with fellow friends nokia

  7. miizan pada 16 Oct 2011

    jom skype ;)

  8. qimax pada 17 Oct 2011

    xlama lg dh x free la skype nih

  9. yapompiow pada 17 Oct 2011

    simple!

  10. Aria pada 17 Oct 2011

    interface baru..na download kne ada username..hoho

  11. Chile pada 18 Oct 2011

    cam menarik….

  12. RIS-FAMILI pada 26 Oct 2011

    Belum guna skype lagi sbb ramai member n famili tak guna skype. Kalau nak bercakap, selesa guna telefon.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader